Ikan Kukus Portugis Daun Tin |
1 ekor ikan **
5 batang kacang bendi (dipotong serong)
1 sudu makan air perahan limau
1/2 sudu makan kicap pekat
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)
4 helai daun tin (bersaiz sederhana) *
2 sudu makan minyak masak
2 keping kertas aluminium
** Hidangan ini sesuai untuk semua jenis ikan dan makanan laut lain seperti sotong udang dan kepah. Jenis ikan yang biasanya digunakan di Malaysia adalah pari / siakap / kembung. Dalam resepi ini saya gunakan ikan "Atlantic Sea Bream" yang rasanya hampir sama dengan Siakap (sila rujuk foto lampiran di bawah)
* Sekiranya tiada daun tin. Saudara boleh gunakan daun pisang atau daun kunyit
8 tangkai cili kering *
4 biji buah keras
1 labu bawang besar (saiz sederhana)
1 batang serai
1/2 inci belacan
1 sudu serbuk cili (sebagai penambah warna)
2 helai daun limau purut ("optional")
* boleh juga digantikan dengan cili hidup merah (4 tangkai) sekiranya tiada cili kering
Kaedah Penyediaan:-
1. Panaskan kuali dan minyak masak. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
2. Tambah air perahan limau, kicap pekat dan season dengan gula dan garam secukup rasa. Setelah agak kering biarkan ia sejuk sementara saudara lakukan proses berikutnya.
3. Hamparkan kertas aluminium dalam dulang pembakar. Lapikkan dua helai daun tin di atas kertas aluminium.
4. Lumur luar dan dalam perut ikan dengan bahan kisar yang telah dimasak dan disejukkan. Tempatkan ikan yang telah dilumur dengan bahan kisar tadi di atas daun tin yang diletakkan diatas kertas aluminium tadi. Sekiranya ada baki bahan kisar tuang ke atas ikan dan tabur hirisan bendi dibahagian atas.
5. Ambil baki dua helai daun tin dan balut ikan di bahagian atas dan balut sekali lagi dengan kertas aluminium kedua. Panaskan kuali leper untuk memasak ikan yang telah dibalut dengan kertas aluminium. Saudara juga boleh bakar dalam oven dengan suhu 200 darjah celsius selama 30 minit.
Nota: Proses yang memasak yang digunakan tidak dipanggil ikan bakar kerana ikan tersebut dibalut dengan kertas aluminium dan tiada wap masakan keluar dari balutan. Maka terma kukus adalah yang paling tepat untuk resepi ini.
Selamat Mencuba!
Sila rujuk lampiran bergambar dibawah untuk lebih menghayati resepi:-
Bahan kisar |
Ikan Atlantic Sea Bream |
Daun tin |
Bahan kisar yang ditumis |
Ikan yang telah dilumur bahan kisar dan ditabur hirisan bendi. Luhat daun tin dilapik di bahagian bawah. |
Baki daun tin dibalut di bahagian atas |
Ikan dibungkus dengan kertas uluminium sebelum dibakar |
Setelah masak daun tin bahagian atas kelihatan lecur |
Ikan bakar portugis daun tin sedia untuk dimakan |
Isi ikan kukus portugis daun tin yang lembut dan berjus. Dilengkapi dengan rasa masam, masin, manis disamping aroma daun tin yang sungguh istimewa. |
2 comments:
terbaik!
dah tengok kat insta hari tu! yg ni ada cerita!
tq Uncle Gedek… tq for supporting my IG...
Post a Comment