KICAP – (boleh
juga digantikan dengan kicap biasa sekiranya tiada kicap cair. Tetapi
kicap biasa itu harus dicampurkan dengan sedikit air agar menjadi cair) -
Penggunaan kicap masin atau manis adalah terpulang kepada citarasa
masing-masing.
PERASA - Garam
tidak diperlukan sekiranya kicap masin digunakan dan begitu juga gula sekiranya
kicap manis digunakan.
IKAN - jenis
ikan yang boleh digunakan seelok-eloknya jenis ikan air masin seperti ikan
siakap, bawal dan kerapu.
Kaedah penyediaan: -
Ikan Goreng
Kunyit
Ikan yang telah siap disiang
harus dibasuh dengan larutan air asam jawa (tamarind) bersama sedikit garam
bagi mengurangkan bau hanyir / ikan tersebut boleh disiat-siat isinya bagi
memastikan ianya garing setelah digoreng / kemudian ikan tersebut di gaul
dengan serbuk kunyit dan garam sebagai perasa dan diperap selama beberapa minit
/ masukkan tepung gandum diatas pinggan dan ratakan keseluruhan permukaan ikan
dengan tepung / tepung yang diratakan haruslah tidak terlalu tebal bagi
memastikan hasil gorengan ikan nampak lebih cantik / selepas itu ikan tersebut
boleh digoreng didalam kuantiti minyak panas yang agak-agak boleh meneggelamkan
ikan tersebut / sentiasa meninjau kedua belah ikan yang digoreng agar tidak
hangus / setelah ikan itu kelihatan garing bolehlah ditos dan dihidangkan.
Sos Halia Bawang Putih
Bawang putih, halia dan daun ketumbar dicincang
halus / panaskan minyak masak didalam kuali dan saute bawang putih serta halia yang telah dicincang tadi sehingga kekuningan dan naik baunya / masukkan kicap cair dan cuka dan renehkan sehingga sebati rasanya / masukkan sedikit daun ketumbar yang telah dicincang bagi menambah aroma / setelah sebati rasanya tuangkan sos yang telah siap ke atas ikan goreng kunyit / sebagai hiasan taburkan baki daun ketumbar yang telah dicincang ke atas ikan. (sila rujuk ilustrasi bergambar diatas)
No comments:
Post a Comment