Memang dah terniat dalam hati sekian lama untuk pergi honeymoon ke Tokyo selepas kahwin.
Sudah ditentukan Allah bahawa rezeki itu ada dan kebetulan berjodoh pula dengan kakitangan syarikat penerbangan.
Maka terjadilah beberapa honeymoon trip ke Bali, Phuket, Langkawi, Amsterdam, Doha dan yang paling mahal ialah percutian ke Tokyo, Japan.
Walaupun telah beberapa kali melawat negeri mata hari terbit ini, rasanya masih belum lengkap dan masih banyak lagi tempat-tempat yang belum diterokai disana.
Al maklumlah Tokyo merupakan antara bandaraya yang terbesar di dunia.
Beberapa faktor yang membuatkan aku benar-benar suka dengan Japan:-
- Tak ramai pelancong asing di sana (jadi aku rasa ianya agak eksklusif).
- Walaupun dikenali sebagai destinasi mahal, tetapi aku dapati banyak juga benda yang murah.
- Budaya orang tempatan yang amat sopan, peramah dan langsung tidak merbahaya.
- Teknologi, terdapat banyak jugak hasil kecanggihan teknologi yang masih belum keluar dari Japan.
- Destinasi yang selamat, bersih dan terkenal.
- Cuaca yang sungguh "pleasant" terutama sekali ketika musim bunga.
- Makanan fresh terutama seafood.
- Sistem pengangkutan yang pada pendapat aku paling cekap di dunia.
- Fashion yang updated.
- Dan sebab paling utama ialah aku dapat practice pertuturan bahasa Jepun yang aku pelajari semaksima mungkin di sana.
Berikut adalah itinerary yang telah aku sediakan sebelum menjejakkan kaki ke Tokyo pada bulan April lepas.
Walaupun ianya mungkin tidak begitu tepat dan lengkap pada sesetengah orang, tetapi ia sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai hasrat untuk ke sana.
4 comments:
Alhamdulillah..Best nya.. Dapat merasa tempat orang ya. Semoga bahagia hendaknya bersama isteri tercinta.. :)
Terima kasih....Ryan apa perkembangan ryanfoodchannel?..
Sama-sama...Perkembangannya, terpaksa diberhentikan seketika sebab tak ada talent dengan kru-kru tu, Ryan dah tak ada masa nak spend dengan shows. Sedih. :(
u shud continue with that program la ryan...best...pandai buat video masakan...bukan sng nak buat tu...
Post a Comment