Tahukah anda bagaimana negara Jepun yang hanya terdiri dari gugusan kepulauan yang kecil dapat menakluk sebahagian dari negara China, Manchuria Semenanjung Korea, Indo-China dan Asia Tenggara ketika Perang Dunia Kedua (WWII)?
Jawapannya sudah tentulah dengan mempertaruhkan kelengkapan perang yang terkini pada ketika itu disamping memiliki angkatan tentera yang sangat kuat dan sistem taktikal yang rapi didalam setiap misi.
Pasti ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa negara Jepun merupakan antara negara yang paling kehadapan didalam teknologi perperangan ketika Perang Dunia Kedua (WWII).
Antara kelengkapan canggih yang telah digunakan oleh Tentera Imperial Jepun pada ketika itu adalah dengan penggunaan kapal-kapal pengangkut pesawat ataupun "Super Carrier" yang mampu mengangkut sehingga beratus-ratus buah pesawat tempur pada satu-satu masa.
Disamping itu, Jepun adalah negara pertama yang diiktiraf sebagai pembina dan pengguna kapal "Super Carrier" untuk misi perperangan didalam Perang Dunia Kedua (WWII) iaitu dengan terbinanya kapal "Hosho" pada tahun 1922.
Terdapat 22 buah kapal pengangkut pesawat yang pernah digunakan angkatan Tentera Imperial Jepun ketika Perang Dunia Kedua bagi memperluaskan kuasa mereka di Asia Pasifik. Sila rujuk maklumat dibawah:-
Terdapat 22 buah kapal pengangkut pesawat yang pernah digunakan angkatan Tentera Imperial Jepun ketika Perang Dunia Kedua bagi memperluaskan kuasa mereka di Asia Pasifik. Sila rujuk maklumat dibawah:-
Kapal Pengangkut Pesawat Pertama Dunia "Hosho"- Burung Jentayu |
1. HOSHO
Tempoh Binaan: 2 tahun (1920-1922)
Tempoh Perkhidmatan: 25 tahun (1922-1947)
Pembangun: Syarikat Pembinaan Kapal Asano, Tsurumi-ku, Yokohama
Dilancarkan: 13 November 1921
Diserang: 31 Ogos 1946
Dimansuhkan: 2 September 1946
Kelajuan: 25 knots / 45 km/j
Kapasiti: 512 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 15 buah
Kapal Pengangkut Pesawat Kedua Jepun, "Kaga"- Daerah Kaga |
2. KAGA
Tempoh Binaan: 8 tahun (1920-1928)
Tempoh Perkhidmatan: 14 tahun (1928-1942)
Pembangun: Syarikat Pembinaan Kapal Kawasaki & Yokosuka Naval Arsenal
Dilancarkan: 13 November 1921
Karam: Di dalam pertempuran Midway, 4 Jun 1942
Kelajuan: 28 knots / 52 km/j
Kapasiti: 1708 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 90 buah
Kapal Pengangkut Pesawat Ketiga Jepun, "Akagi"- Gunung Akagi |
3. AKAGI
Tempoh Binaan: 7 tahun (1920-1927)
Tempoh Perkhidmatan: 15 tahun (1927-1942)
Pembangun: Syarikat Pembinaan Kapal Kure Naval Arsenal
Dilancarkan: 22 April 1925
Karam: Di dalam pertempuran Midway, 5 Jun 1942
Kelajuan: 31.5 knots / 58.3 km/j
Kapasiti: 1630 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 91 buah
Kapal Pengangkut Pesawat Keempat Jepun, "Ryujo"- Naga Bengis |
4. RYUJO
Tempoh Binaan: 3 tahun (1929-1931)
Tempoh Perkhidmatan: 9 tahun (1933-1942)
Pembangun: Mitsubishi - Yokohama
Dilancarkan: 9 Mei 1931
Karam: Di dalam pertempuran Kepulauan Solomon Timur, 24 Ogos 1942
Kelajuan: 29 knots / 53.7 km/j
Kapasiti: 924 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 48 buah
6. SORYU
Tempoh Binaan: 1 tahun (1934-1935)
Tempoh Perkhidmatan: 7 tahun (1935-1942)
Pembangun: Syarikat Pembinaan Kapal Kure Naval Arsenal
Dilancarkan: 23 Disember 1935
Karam: Di dalam serangan udara Amerika Syarikat di Perperangan Midway, 4 Jun 1942
Kelajuan: 34.5 knots / 63.9 km/j
Kapasiti: 1103 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 73 buah
Kapal Pengangkut Pesawat ketujuh Jepun, "Hiryu"- Naga Terbang |
7. HIRYU
Tempoh Binaan: 1 tahun (1936-1937)
Tempoh Perkhidmatan: 6 tahun (1937-1942)
Pembangun: Syarikat Pembinaan Kapal Kawasaki & Yokosuka Naval Arsenal
Dilancarkan: 16 November 1937
Karam: Di dalam serangan udara Amerika Syarikat di Perperangan Midway, 5 Jun 1942
Kelajuan: 34.5 knots / 63.9 km/j
Kapasiti: 1126 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 73 buah
Kapal Pengangkut Pesawat kelapan Jepun, "Kaiyo"- Helang Laut |
8. KAIYO
Tempoh Perkhidmatan: 5 tahun (1938-1942)
Pembangun: Syarikat Pembinaan Kapal / Industri Berat Mitsubishi, Nagasaki
Dilancarkan: 9 Disember 1938
Dimansuhkan: 1 September 1946
Kelajuan: 23 knots / 43 km/j
Kapasiti: 829 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 24 buah
Kapal Pengangkut Pesawat Kesembilan Jepun, "Shoho"- Jentayu Gembira |
9. SHOHO
Tempoh Perkhidmatan: 8 tahun (1934-1942)
Pembangun: Syarikat Pembinaan Kapal Yokosuka Naval Arsenal
Dilancarkan: 1 Jun 1935
Karam: Serangan udara Amerika Syarikat dalam Perperangan Coral Sea, 6 May 1942
Kelajuan: 28 knots / 52 km/j
Kapasiti: 785 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 30 buah
Kapal Pengangkut Pesawat kesepuluh Jepun, "Zuiho"- Jentayu Bertuah |
10. ZUIHO
Tempoh Perkhidmatan: 10 tahun (1935-1944)
Pembangun: Syarikat Pembinaan Kapal Yokosuka Naval Arsenal
Dilancarkan: 20 Jun 1935
Karam: Serangan udara Amerika Syarikat dalam Perperangan Teluk Leyte, 25 Oktober 1944
Kelajuan: 28 knots / 52 km/j
Kapasiti: 785 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 30 buah
Kapal Pengangkut Pesawat Kesebelas Jepun, "Chitose"- Nama Wilayah Chitose |
11. CHITOSE
Tempoh Perkhidmatan: 11 tahun (1934-1944)
Pembangun: Kure Navy Yard
Dilancarkan: 29 November 1934
Karam: Serangan udara Amerika Syarikat dalam Perperangan Teluk Leyte, 25 Oktober 1944
Kelajuan: 28.9 knots / 53.5 km/j
Kapasiti: 800 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 30 buah + 24 kapal terbang terapung
Kapal Pengangkut Pesawat Kedua-belas Jepun, "Chiyoda"- Nama Wilayah Chiyoda |
12. CHIYODA
Tempoh Perkhidmatan: 11 tahun (1934-1944)
Pembangun: Kure Navy Yard
Dilancarkan: 29 November 1936
Karam: Serangan udara Amerika Syarikat dalam Perperangan Teluk Leyte, 25 Oktober 1944
Kelajuan: 28.9 knots / 53.5 km/j
Kapasiti: 800 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 30 buah
Kapal Pengangkut Pesawat Ketiga-belas Jepun, "Shokaku"- Bangau Terbang |
13. SHOKAKU
Tempoh Perkhidmatan: 8 tahun (1937-1944)
Pembangun: Yokosuka Naval Arsenal
Dilancarkan: 1 Jun 1939
Karam: Serangan udara Amerika Syarikat dalam Perperangan Laut Filipina, 19 Jun 1944
Kelajuan: 34.2 knots / 63.3 km/j
Kapasiti: 1660 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 84 buah
Kapal Pengangkut Pesawat Keempat-belas Jepun, "Zuikaku"- Bangau Bertuah |
14. ZUIKAKU
Tempoh Perkhidmatan: 7 tahun (1938-1944)
Pembangun: Yokosuka Naval Arsenal
Dilancarkan: 27 November 1939
Karam: Serangan udara Amerika Syarikat dalam Perperangan Teluk Leyte, 25 Oktober 1944
Kelajuan: 34.5 knots / 63.9 km/j
Kapasiti: 1660 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 84 buah
Kapal Pengangkut Pesawat Kelima-belas Jepun, "Junyo"- Helang Perigrine |
15. JUNYO
Tempoh Perkhidmatan: 3 tahun (1939-1941)
Pembangun: Mitsubishi Heavy Industries, Nagasaki
Dilancarkan: 26 Jun 1941
Dimansuhkan: 1946-47
Kelajuan: 25.5 knots / 47.2 km/j
Kapasiti: 1224 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 53 buah
16. HIYO
Tempoh Binaan: 4 Tahun (1939-1942)
Tempoh Perkhidmatan: 3 tahun (1942-1945)
Karam: Serangan udara Amerika Syarikat dalam Perperangan Laut Filipine, Jun 1944
Kelajuan: 25.5 knots / 47.2 km/j
Kapasiti: 1224 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 53 buah
Kapal Pengangkut Pesawat Ketujuh-belas Jepun, "Taiho"- Jentayu Besar |
17. TAIHO
Tempoh Binaan: 3 Tahun (1941-1943)
Tempoh Perkhidmatan: 1 tahun (1943-1944)
Karam: Dalam Perperangan Laut Filipine, 19 Jun 1944
Kelajuan: 33 knots / 61 km/j
Kapasiti: 1751 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 65 buah
Kapal Pengangkut Pesawat Kelapan-belas Jepun, "Amagi"- Gunung Amagi |
18. AMAGI
Tempoh Perkhidmatan: 5 tahun (1943-1947)
Pembangun: Nagasaki Navy Yard, Nagasaki
Dilancarkan: 15 Oktober 1943
Dimansuhkan: 1946 - 47
Kelajuan: 34 knots / 63 km/j
Kapasiti: 1595 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 57 buah
Kapal Pengangkut Pesawat Kesembilan-belas Jepun, "Unryu"- Awan Naga |
19. UNRYU
Tempoh Perkhidmatan: 1 tahun (1943-1944)
Pembangun: Yokosuka Navy Yard
Dilancarkan: 25 September 1943
Karam: Serangan torpedo kapal selam USS Redfish, 19 Disember 1944
Kelajuan: 34 knots / 63 km/j
Kapasiti: 1595 anak kapal
20. KATSURAGI
Tempoh Perkhidmatan: 4 tahun (1944-1947)
Pembangun: Kure Naval Arsenal
Dilancarkan: 19 Januari 1944
Dimansuhkan: 30 November 1947
Kelajuan: 32 knots / 59 km/j
Kapasiti: 1600 anak kapal
21. SHINANO
Tempoh Perkhidmatan: 1 bulan (Oktober 1944-November 1944)
Pembangun: Yokosuka Naval Arsenal
Dilancarkan: 5 Oktober 1944
Karam: Serangan kapal selam USS Archerfish, 29 November 1944
Kelajuan: 27 knots / 50 km/j
Kapasiti: 2400 anak kapal
22. MIZUHO
Tempoh Perkhidmatan: 5 tahun (1948-1942)
Pembangun: Kawasaki Shipbuilding, Kobe
Dilancarkan: 16 Mei 1938
Karam: Serangan kapal selam USS Drum, 1 May 1942
Kelajuan: 22 knots
Kapasiti: 800 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 54 buah
2 comments:
Uish semua US yg attack...good info wan..Dulu ader citer super carrier kat tv, tp US punyer lah.
yes..US yg attack...kan US yg kalahkan derang...but derang yang first to operate super carrier...
Post a Comment