Nuffnang Ads

Thursday, December 13, 2012

Melancong ke Shirakawa-go - Perkampungan Tradisi Jepun


Fakta tentang perumahan Gassho-zukuri di perkampungan Shirakawa-go dan Gokayama di negara Jepun mungkin asing bagi kita di Malaysia kerana kebanyakan diantara kita hanya menumpukan perhatian terhadap pengalaman bercuti di bandar-bandar utama yang moden seperti Tokyo dan Osaka.

Selain itu, mungkin juga lokasi pelancongan yang terletak di kawasan pedalaman negara Jepun menjadi kurang popular dikalangan kita rakyat Malaysia kerana telah dibayangi oleh kepesatan megalopolis Tokyo dan Osaka di bahagian pantai timur yang menghadap lautan pasifik yang sudah tentu mempunyai lebih banyak akses dari segi pengangkutan laut dan udara. 





Walau bagaimanapun, apa yang penting pada catatan kali ini saya ingin memperkenalkan salah satu destinasi hebat negara Jepun iaitu Shirakawa-go yang terletak di Wilayah Gifu, pantai barat pulau Honshu yang menghadap tanah besar Asia.

Perkampungan Shirakawa-go di Wilayah Gifu dan Gokayama Gassho Zukuri yang terletak di Wilayah Toyama telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dalam upacara penyenaraian ke-19 yang berlangsung di Berlin Germany pada bulan Disember 1995 atas permintaan kerajaan Jepun.


Senarai Tapak Warisan Dunia yang terdapat Di Jepun

Penyenaraian ini telah meletakkan Shirakawa-go dan Gokayama Gassho Zukuri di tempat ke-enam di dalam senarai Tapak Warisan Dunia yang terdapat di Negara Jepun. Tujuan utama penyenaraian tersebut adalah untuk memperkenalkan warisan senibina Jepun yang berusia ratusan tahun yang masih terpelihara untuk tatapan masyarakat antarabangsa. Shirakawa-go merupakan kawasan perkampungan purba yang terletak kaki pergunungan Hakusan berhampiran sempadan wilayah Gifu dan Ishikawa.

Penampatan ini mendapat pengiktirafan Tapak Warisan Dunia atas senibina rumahnya yang dikenali sebagai Gassho-Zukuri yang dibina menyerupai bentuk tangan yang ditekapkan ketika upacara penyembahan dilakukan di Kuil. Bentuk segitiga bumbungnya juga kelihatan seperti bukaan sebuah buku yang terbalik dan ia dikenali sebagai "Kiritsuma Gassho Zukuri.

Rumah-rumah berkenaan telah dibina sedmikian rupa bagi menyesuaikan keadaan empat musim terutama sekali pada musim sejuk yang menyaksikan purata salji yang sangat tebal di daerah pedalaman Jepun. Senibinanya juga mengarahi arah utara ataupun selatan bagi menangkis angin kencang terutama sekali ketika di landa taufan.

Pada tahun 2011, jabatan perangkaan menerbitkan bahawa jumlah penduduk kawasan Perkampungan Shirakawa-go adalah seramai 1, 734 orang. Bilangan penduduk kampung ini amat dibimbangi berkurangan disebabkan betapa pesatnya pembangunan industri pelancongan setelah ianya mendapat taraf Tapak Warisan Dunia.

Ramai penghuni-penghuni rumah tradisi Gassho-zukuri telah meninggalkan rumah mereka dan mengubahsuai rumah tersebut menjadi kedai cenderamata, restoran dan kawasan parkir kenderaan bagi menampung jumlah pelancong yang semakin ramai saban hari.

Cara menuju ke Shirakawa-go dari Stesen Keretapi Tokyo:-









Berikut adalah ilustrasi bergambar yang mengutarakan Perkampungan Shirakawa-go sebagai salah satu penempatan tradisi tercantik di Dunia:-















3 comments:

Tini said...

Too cute lahhh...mcm dlm movie....In my list nihhh...insyaallah...wan, manalah tau dpt join u n ur wife in the future. Kena kumpul duit byk2 nihh...train mahal rite?

qataridz said...

yep..mahal sangt kalau nak pergi tempat ni dari Tokyo...tapi murah kalau tinggal kat nagoya...

Unknown said...

Dari osaka agk jauh...ingin utk ke sini tp msih mncari jln smntara tggu msa feb 2017 nnti.