Fujiko F. Fujio Museum atau lebih dikenali sebagai Muzium Doraemon adalah sebuah muzium khayalan seni animasi yang terletak di pinggiran bandar Kawasaki iaitu tempat menetap bagi pelukis animasi ini yang telah pun meninggal dunia pada tahun 1996.
Nama muzium ini ditetapkan atas nama samaran pelukis animasi Doraemon iaitu Fujiko F. Fujio. Nama beliau yang sebenar adalah Fujimoto Hiroshi.
Animasi Doraemon mengisahkan seekor kucing robotik dari abad ke-22 yang mengembara ke zaman sebelumnya untuk berkawan dengan sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada Nobita Nobi (NOBITA), Takeshi Goda (GIANT), Shizuka Minamoto (SHIZUKA), Suneo Honekawa (SUNEO) dan lain-lain.
Doraemon mula menemui peminat pada tahun 1969 didalam penerbitan mangga didalam 6 buah majalah yang berbeza dengan kadar serentak dan ia mula mendapat sambutan luar jangkaan sehingga ia pernah mencecah cetakan sebanyak 1, 344 kisah dan diterjemah ke dalam 30 bahasa.
Salinan terbitan terbabit telah dikumpulkan dan diterbitkan semula oleh syarikat pencetak terkemuka iaitu Shogakukan dibawah jenama mangga yang terkenal Tentomushi sehingga ianya terkumpul sebanyak 45 terbitan.
Semua hasil terbitan terbabit juga telah disimpan di Takaoka Central Library, di wilayah Toyama tempat kelahiran Fujimoto Hiroshi.
Kebanyakan kisah Doraemon berkisarkan aksi komedi dengan terapan nilai-nilai pembangunan insan seperti kejujuran, ketabahan, keberanian, kekeluargaan dan penghormatan terhadap orang tua yang amat sesuai untuk kanak-kanak atau pun dewasa.
Selain itu, terdapat juga garapan nilai-nilai alam-sekitar seperti pemanasan global, haiwan terbiar, haiwan yang hampir pupus, penebangan hutan, pencemaran dan juga sejarah negara Jepun.
Jadi tidak hairanlah sekiranya watak yang berpengaruh ini menjadi kesukaan ramai sehingga ke hari ini.
Pada tahun 2008, Menteri Luar Jepun telah melantik watak Doraemon sebagai duta anime kebangsaan pertama negara Jepun kerana kesannya terhadap pengenalan budaya bangsa Jepun di luar negara dan kesannya terhadap pembangunan masyarakat tempatan di negara itu.
Pada tanggal 3 September 2011, isteri Fujimoto Hiroshi iaitu Masako Fujimoto telah dengan rasminya membuka sebuah muzium khas bagi menghargai peminat-peminat Doraemon hasil ciptaan suaminya.
Dengan pembukaan muzium ini, beliau berharap agar semua peminat karakter Doraemon dan rakan-rakan dapat mempelajari dan mengetahui lebih lanjut semua cerita belakang tabir pembikinan animasi ini dengan lebih dekat lagi.
Dengan pembukaan muzium ini, beliau berharap agar semua peminat karakter Doraemon dan rakan-rakan dapat mempelajari dan mengetahui lebih lanjut semua cerita belakang tabir pembikinan animasi ini dengan lebih dekat lagi.
Walaupun tujuan pembukaan muzium ini menyasarkan pengunjung kanak-kanak, ia juga turut menarik perhatian golongan dewasa yang telah membesar bersama kehadiran siri animasi ini.
Saiz muzium ini tidak besar namun ia mempamerkan koleksi ekstensif karya asli Fujiko F. Fujio termasuklah lukisan asal Doraemon, 21-emon (Ni Ju Ichi Emon), Kaibutsukun dan beberapa karya Fujiko yang lain.
Saiz muzium ini tidak besar namun ia mempamerkan koleksi ekstensif karya asli Fujiko F. Fujio termasuklah lukisan asal Doraemon, 21-emon (Ni Ju Ichi Emon), Kaibutsukun dan beberapa karya Fujiko yang lain.
Muzium ini juga dilengkapi sistem audio berbahasa Inggeris yang menerangkan tentang pelbagai bahan pameran dan sejarah hidup Fujiko.
Terdapat mini teater yang menayangkan filem pendek asal animasi Doraemon, bilik membaca mangga dan beberapa bilik aktiviti serta permainan untuk kanak-kanak.
Terdapat mini teater yang menayangkan filem pendek asal animasi Doraemon, bilik membaca mangga dan beberapa bilik aktiviti serta permainan untuk kanak-kanak.
Selain itu terdapat beberapa arca Doraemon bersaiz manusia di sekeliling muzium bagi memudahkan pengunjung yang ingin menyematkan aksi fotografi mereka ketika melawat muzium ini.
Sebuah cafe telah di buka untuk jualan makanan yang bertemakan Doraemon dan tidak ketinggalan juga sebuah kedai cenderamata yang menawarkan himpunan koleksi Doraemon dan watak animasi lain yang pernah Fujiko hasilkan.
Ilustrasi gambar berkenaan Muzium Doraemon:-
Pandangan Luar Muzium Doraemon |
Perasmian Koc Keratapi Odakyu Odawara yang bertemakan animasi Doraemon |
Keretapi Odakyu Odawara |
Bas shuttle dari stesen Noborito menuju ke muzium |
Meja kerja lukis Fujiko ketika hayatnya |
replika keluarga Nobita Nobi bersama Doraemon |
Kedai cenderamata |
Replika Doraemon, Nobita Nobi dan Dinosour di perkarangan muzium |
Pintu ajaib yang kerap digunakan Nobita dan Doraemon untuk pengembaraan masa mereka |
Pintu Ajaib |
Makanan yang boleh dibeli di Kafe bertemakan animasi Doraemon |
Minuman yang dihiasi taburan serbuk koko bercorak animasi |
8 comments:
Seronoknya. Teringin nak pi melawat. Tempat yang sangat menarik untuk dilawat. ^_^
Ryan..ikut Papa fly to Japan...tak jauh from Narita...
Best nyer...teringin nk tgk doraemon in jap language with eng sub, kalau dulu tgk in bm...Mak ai, kelakar lah voice over nyer...I love pintu ajaib lol! Wan, x puas lah tgk gambol u coz too small...
gambar mane yg kecik?...i bole besarkan...doraemon ni ada dimana-mana di japan...kuat branding dia..
So far Sumer gambo, sbb I rabun pon lol
ok tini...nanti after i finish bust write up pasal Japanese naval ill improve the size of those picts ok...
wah best btl lah..syera plg suka pintu ajaib and nobitas mkn sefamily tu :)..brg2 dri poket ajaib doraemon x tnjuk ke? laci mesin masa ada?
barang dari poket ajaib n laci masa tak de...museum ni bnyk tentang pencipta doraemon n kartun2 lain yg dia pernah buat...tapi yang paling menonjol doraemon la...
Post a Comment