Nuffnang Ads

Monday, April 7, 2014

Aktiviti Pacuan ATV Musim Sejuk

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama saya tidak muncul di arena blog kerana terikat dengan beberapa aktiviti, kini saya tampil dengan post terkini dan menarik iaitu aktiviti pacuan ATV yang saya lakukan bersama keluarga tercinta ketika musim sejuk yang lepas di Qatar.

ATV adalah perkataan singkatan bahasa Inggeris berbunyi "All Terrain Vehicle". Aktiviti riadah dengan menaiki ATV ini sangat terkenal dan menjadi kemestian kepada sesiapa yang tinggal dan melancong ke Qatar terutama sekali ketika musim sejuk (winter).

Dengan suhu dalam lingkungan antara 7 - 21 degree celcius, aktiviti pacuan ATV ini didapati amat sesuai dimana ia menjanjikan kepuasan kepada penunggangnya yang ingin meneroka kawasan pantai dan padang pasir yang amat tidak sesuai dilakukan ketika musim panas.

Alhamdulillah, pada sesi riadah musim sejuk tahun ini saya berkesempatan berjinak-jinak dengan aktiviti yang agak mencabar ini dengan keluarga dan kawan-kawan terdekat.

Dengan bayaran serendah QAR100 untuk tempoh masa menunggang sejam, saya dapati ianya amat berbaloi dan menyeronokkan.

Aktiviti ini agak kurang sesuai kepada individu yang mempunyai penyakit jantung atau masalah organ dalaman kerana keadaan muka bumi padang pasirnya yang berbukit-bukit agak mencabar dan memerlukan kekuatan genggaman tangan yang maksimum bagi memastikan panduan lancar ketika melalui kawasan kontur tinggi rendah yang sukar diduga. 

Berikut adalah paparan beberapa foto yang sempat diambil ketika menaiki ATV.











No comments: