Nuffnang Ads

Tuesday, April 22, 2014

Hidupan Laut Unik (Trip Ke Kobe 2010)


Video amatur di atas telah dirakam ketika saya dan rakan melancong di negara Jepun pada tahun 2010. Disebabkan timbulnya perasaan ingin meninjau kebersihan pantai negara Jepun, kami telah meneroka sebuah pantai yang terdapat di Kobe. 



Selain dari mendapat kepuasan mengambil gambar sendiri berlatar belakangkan jambatan 'suspension' "Akashi Kaikan" yang diiktiraf sebagai yang terpanjang di Dunia, kami juga dapat merasai sendiri kedinginan air lautnya dan menyaksikan pelbagai jenis hidupan laut serta rumpai air yang terdampar dipersisiran pantai ketika air surut.

Video ini dirakam ketika kami terserempak dengan kumpulan pelajar yang sedang memancing ikan dimana salah seorang daripada mereka sedang memegang sejenis hidupan laut yang agak unik yang  mungkin tidak terdapat di perairan negara kita. Sila ikuti paparan video diatas:-

Tuesday, April 8, 2014

Berkelah di Singing Dune Qatar


Tiupan dan pusaran angin kering dari Teluk Parsi dan pedalaman Semenanjung
Tanah Arab Saudi yang memberntuk beting pasir setinggi lebih kurang
100 meter  menjadi lokasi unik untuk aktiviti perkelahan di musim sejuk.


Selama dua tahun menetap di Qatar, saya dan keluarga hanya mendengar perbualan rakan-rakan yang selalu mengadakan aktiviti perkelahan di kawasan padang pasir di pedalaman semenanjung tanah Qatar. 

Namun ketika menerima kehadiran tetamu yang agak "adventurous" iaitu adik-adik isteri saya, kami pun bercadang untuk mencuba aktiviti yang sangat unik ini bagi memenuhi masa lapang.

Usaha memanjat beting pasir yang tinggi

Perkelahan padang pasir ini diadakan seminggu selepas aktiviti riadah menunggang ATV yang saya utarakan pada post yang lepas.

Ketika cuaca masih sejuk iaitu dalam lingkungan 7 - 21 degree celcius, persiapan rapi telah dibuat iaitu dengan menyediakan makanan dan kelengkapan perkelahan masing. 

Menjamu selera dengan bekalan yang dibawa bersama

Perkelahan ini telah dirancang bersama dua lagi keluarga Malaysia dimana masing-masing menentukan untuk membawa makanan yang berlainan jenisnya bagi memeriahkan lagi aktiviti ini.

Puas!…Itulah perkataan yang boleh diungkapkan setelah penat mendaki beting pasir sehingga ke puncaknya. Ketika berada di atas puncak, kelihatan kenderaan dan sesiapa sahaja yang masih berada dibawah amat kecil saiznya dan ia membuktikan beting pasir yang didaki agak tinggi.

Pendakian yang tak pasti…hahaha

Kekuatan kaki dan tangan amatlah penting untuk mendaki. Tahap kejerlusan pasir gurun ini memberi satu cabaran untuk pendaki-pendaki beting.

Memandangkan cuaca musim sejuk yang mendingin menjelang waktu petang, beting pasir yang didaki juga menjadi sejuk. Satu pengalaman yang amat menakjubkan.

 Ketika berada dipuncak

Puncak beting pasir

Ketika mendaki, kami berpeluang menikmati bunyian yang terhasil oleh sentuhan angin dan pasir yang seolah-olah mendengungkan sesuatu.

 Ketika menggelongsor turun bunyian dengung akan terhasil

Kelihatan kenderaan kami begitu kecil saiznya dibawah sana

Ketika kami turun menggelongsor pula, terhasil satu bunyian yang agak unik dan mungkin juga oleh sebab itu padang pasir berkenaan dikenali sebagai pasir berdengung atau "singing dune" oleh penduduk tempatan.

Perkelahan berakhir setelah senja berlabuh




Monday, April 7, 2014

Aktiviti Pacuan ATV Musim Sejuk

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama saya tidak muncul di arena blog kerana terikat dengan beberapa aktiviti, kini saya tampil dengan post terkini dan menarik iaitu aktiviti pacuan ATV yang saya lakukan bersama keluarga tercinta ketika musim sejuk yang lepas di Qatar.

ATV adalah perkataan singkatan bahasa Inggeris berbunyi "All Terrain Vehicle". Aktiviti riadah dengan menaiki ATV ini sangat terkenal dan menjadi kemestian kepada sesiapa yang tinggal dan melancong ke Qatar terutama sekali ketika musim sejuk (winter).

Dengan suhu dalam lingkungan antara 7 - 21 degree celcius, aktiviti pacuan ATV ini didapati amat sesuai dimana ia menjanjikan kepuasan kepada penunggangnya yang ingin meneroka kawasan pantai dan padang pasir yang amat tidak sesuai dilakukan ketika musim panas.

Alhamdulillah, pada sesi riadah musim sejuk tahun ini saya berkesempatan berjinak-jinak dengan aktiviti yang agak mencabar ini dengan keluarga dan kawan-kawan terdekat.

Dengan bayaran serendah QAR100 untuk tempoh masa menunggang sejam, saya dapati ianya amat berbaloi dan menyeronokkan.

Aktiviti ini agak kurang sesuai kepada individu yang mempunyai penyakit jantung atau masalah organ dalaman kerana keadaan muka bumi padang pasirnya yang berbukit-bukit agak mencabar dan memerlukan kekuatan genggaman tangan yang maksimum bagi memastikan panduan lancar ketika melalui kawasan kontur tinggi rendah yang sukar diduga. 

Berikut adalah paparan beberapa foto yang sempat diambil ketika menaiki ATV.











Tuesday, April 16, 2013

Laksa Penang (Resepi Peribadi)

Laksa Penang (kekurangan bahan maka jadilah ia seperti ini)
BAHAN-BAHAN A:-

1 pek laksa kering
(brand 'Eka" menjadi pilihan kerana saiznya yang gemuk)

1 kilo ikan 
(jenis ikan sebenarnya terpulang kepada individu, namun bagi saya ikan yang sesuai untuk ramuan kuah laksa saya adalah segala jenis ikan dari keluarga mackerel termasuklah ikan kembung, ikan bisan (orang KL sebut ikan ni ikan sardin), ikan mabung [bentuk seperti ikan kembung tapi besar dari segi saiznya], spanish mackerel yang berbelang dibadannya dan banyak dijual di Jepun, ikan parang, belut dan sekiranya sukar untuk mendapat stok ikan yang disebut di atas ikan tongkol/tuna dan ikan sardin yang ditinkan pun boleh juga digunakan) rasa kuah laksa dari ikan-ikan ini sudah pasti berbeza.

7 batang cili kering
(boleh ditambah sekiranya suka pedas dan ingin kelihatan lebih merah kuahnya)

1 biji bawang besar

1 cekak daun kesum 

2 batang bunga kantan 

1 ulas lengkuas (diketuk)

2 batang serai (diketuk)

4 keping asam gelugur (asam keping)

1 inci belacan 

1 genggam ikan bilis 
(boleh juga digantikan dengan kiub ikan bilis)


Laksa yang telah direbus
Kuah Laksa yang telah siap dimasak

BAHAN-BAHAN B (ulam-ulaman dan penambah perasa):-

Daun salad 
(melalui experience ulaman berdaun ini boleh juga digantikan dengan iceberg lettuce, pudina, daun selom, pucuk gajus, pucuk putat dan ulam raja)

Bunga kantan

Bawang Besar
(Bawang merah besar india adalah lebih sesuai kerana manis dan aromanya yang lebih ideal untuk masakan asian) 

Cili padi
(boleh digantikan dengan cili burung untuk lebih pedas dan cili merah biasa jika inginkan rasa yang kurang pedas)

Limau nipis 
(boleh digantikan juga dengan limau kasturi atau lemon tetapi limau nipis mempunyai rasa yang lebih sesuai dengan laksa)

Timun
(terdapat dua jenis timun yang sesuai iaitu timun biasa dan timun jepun. Kedua-duanya boleh digunakan terpulang kepada selera individu)

Nenas
(Nenas adalah ramuan tambahan untuk laksa kuala kangsar. Tetapi sudah cukup memadai dengan semua ramuan ulam-ulaman di atas sekira nenas dikecualikan)

Petis udang 
(bagi menambah rasa kemanisan kuah laksa, masukkan sedikit petis udang sebelum makan)


Ulam-ulaman laksa (condiment) yang telah dipotong
KAEDAH PENYEDIAAN:-

1. Laksa kering perlu direndam semalaman atau beberapa jam bagi menyingkatkan proses memasaknya  supaya ia cepat menjadi lembut/empuk. Setelah di rebus dan didapati ianya sudah lembut, toskan dan masukkan ke dalam bekas untuk dihidangkan.

2. Ikan yang telah disiang harus direbus bersama sedikit asam keping bagi menghilangkan bau hanyir ikan. Setelah air rebusan mendidih, asingkan ikan dari air rebusan. Pisahkan isi ikan dan tulangnya dan asingkan ke dalam bekas yang berasingan. Isi ikan yang telah diasingkan tulangnya perlu dikisar separa hancur dan dimasukkan ke dalam periuk/stock pot. Tulang ikan yang diasingkan tadi juga perlu dikisar dengan sedikit air dan air kisaran  tulang ikan harus di tapis dan dimasukkan ke dalam periuk kuah. Campurkan keseluruhan air rebusan ikan ke dalam periuk kuah.

3. Cili kering perlu digunting dan di rendam dengan air panas bagi memudahkan proses mengisar. Setelah cili kering tersebut telah kembang dan lembut, kisar bersama bawang besar, belacan dan ikan bilis. Setelah dikisar, masukkan adunan ke dalam periuk kuah. Panaskan periuk dan masukkan daun kesum, bunga kantan, lengkuas dan serai yang telah dititik. Masak sehingga ia mendidih dan masukkan garam secukup rasa.

4. Bahan-bahan B perlu di potong untuk dijadikan condiment semasa menghidang laksa. Biasanya timun akan dipotong julienne dengan saiz yang mudah untuk dimakan iaitu 1 1/2 inci. Manakalah bahan-bahan lain boleh dipotong halus mengikut citarasa masing-masing.

5. Cara menghidang laksa adalah dengan memasukkan laksa yang telah direbus tadi ke dalam pinggan ataupun mangkuk. Masukkan kuah dan hiaskan dengan bahan-bahan B di atas permukaan dan sedialah untuk di makan.

Monday, March 25, 2013

Ros Damaskus - Tumbuhan Bernilai dari Taif

Ros Damascus (Taif)
Setiap bulan April, sesetengah tempat di kawasan tanah tinggi Taif yang terletak di negara Arab Saudi akan bertukar menjadi merah jambu (pink). Terdapat sekurang-kurangnya 2000 ladang yang hanya menumpukan penanaman bunga ros sebagai hasil komoditi utama untuk dijual dengan harga yang tinggi bagi penghasilan minyak wangi dari jenis atar ataupun kontemporari untuk pasaran dunia.

Bunga ros segar dimasukkan ke dalam bekas penyulingan
Aktiviti perladangan tumbuhan ros dari jenis "damaskus" ini atau dikenali dengan nama saintifiknya (Rosa X Damascena Trigintipetala) telahpun bertapak di Tanah Tinggi Taif semenjak TIGA (3) abad yang lepas iaitu ketika di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniah Turki. Dengan ketinggian 2000 meter dari aras laut, tanah tinggi Taif menjadi kawasan peranginan utama bagi penduduk-penduduk sekitar Makkah dan Jeddah ketika musim panas. 

Di bahagian barat Taif, terdapat kawasan yang amat subur dimana satu kajian yang dijalankan mendapati suhu kawasan dan kandungan lembapan tanahnya yang amat sesuai untuk sektor perladangan buah-buahan dan bunga-bungaan terutama sekali tumbuhan Ros Damask. Oleh yang demikian Taif telah mendapat nama jolokan "The Arabian Rose" sempena industri penanaman ros yang sangat rancak semenjak zaman kerajaan Uthmaniah dulu.


Perkataan "attar" adalah amat sinonim dengan minyak ros dimana asalnya dari kata akar bahasa Arab iaitu "itr" yang bermaksud wangian ataupun esen. Kaedah penyulingan air kelopak bunga ros ini telah direkodkan sekitar abad ke 9 oleh seorang ahli falsafah Arab yang dikenali sebagai Al-Kindi. 

Manakala penggunaan alat sulingan yang lebih lengkap untuk tujuan penghasilan wangian ros ini telah tulis dengan lebih terperinci oleh Al-Razi dimana beliau mencatatkan salah satu pusat penghasilan air ros ini adalah di bahagian selatan Parsi.

Kemudian, sekitar abad ke -13, air ros dengan kaedah penghasilan yang sama juga telah dihasilkan dengan besar-besaran di Syria dan ketika itu juga nama saintifik bunga ros yang digunakan mendapat nama jolokan "Damascena". Tetapi minyak attar seperi yang digunakan pada ari ini hanya mula dihasilkan sekitar abad ke-16 iaitu setelah kaedah penyulingan berganda telah dibangunkan.

Ros Taif ini walaupun dikategorikan tinggi kualitinya, namun penghasilan minyak rosnya adalah sederhana jika dibandingkan pengimport besar dari negara lain seperti Turkey, Bulgaria, Russia, China, India, Morocco dan Iran. Minyak wangi kontemporari yang menggunakan ramuan ros taif sebagai asas campuran:-

1.5064051240993
Rosa Officina Profumo-Farmaceutica di Santa Maria Novella
1.501334400854
Affaf Al Haramain Perfumes
1.4703512820923
Tresor In Love Lancome
1.4701364422204
Aoud Purple Rose Montale
1.4221183333333
Very Irresistible Givenchy
1.3733013223912
Rose Glacee Armand Basi
1.3657710413664
Rendez-Vous Michel Klein
1.3444175217507
Rose Essentielle Bvlgari
1.3354680413664
Al Shomoukh Amouage
1.3218293352015
Attar Al Kaaba Al Haramain Perfumes
1.3135475620496
L'Eau De Rose Ramon Monegal
1.2860088844409
A.Maze The People Of The Labyrinths
1.2798503352015
Amouage Homage Amouage
1.276730202562
Rosa Roxana Illuminated Perfume
1.2729938801708
Vintage Kosiuko
1.268001400854
Tiffany Parfum Tiffany
1.254003202562
Molook Amouage
1.2386287603416
The Party in Paris The Party
1.2083600213504
Jimmy Choo Eau de Toilette Jimmy Choo
1.2077028430745
David Yurman Limited Edition David Yurman
1.2021350413664
Afrah Amouage
1.2010675206832
Bohemian Rose Ava Luxe
1.1873318972511
Ta'if Ormonde Jayne
1.1826186405124
Shams Al Doha Amouage
1.1770924491593
La Petite Robe Noire Guerlain
1.176581801708
Amber Mirabilis Keiko Mecheri
1.169335801708
Floratta in Rose Belle O Boticario
1.1653376034161
Rosam Histoires de Parfums
1.164830801708
Bal de Roses Keiko Mecheri
1.1546466405124
Arabian Rose Bella Bellissima
1.1510836818788
Tribute Amouage
1.1367314963971
Tiffany Tiffany
1.1349888558847
M by Marcel Marongiu Oriflame
1.1248527646117
Or et Noir Caron
1.1207226034161
Daphne Lord`s Jester
1.1177345206832
Rose of Kali Neil Morris
1.1121785206832
Ohood Amouage
1.1029356818788
Chronos Lord`s Jester
1.1018681611956
Bed of Roses Velvet & Sweet Pea’s Purrfumery
1.1018681611956
Queen Bess Ava Luxe
1.1013173266613
Aqaba Classic Aqaba
1.095238
Authent Menard
1.0864332068321
Puredistance I Puredistance
1.0844614550307
Tribute Amouage
1.083749801708
Lavander and Gold Amber Gandini 1896
1.0731085006672
Eclat Weekend Oriflame
1.071101400854
Dionysus Lord`s Jester
1.0694969757139
Oui-Non Kookai
1.0617596818788
Zephyr Lord`s Jester
1.0532620541767
Habanita Eau de Parfum Molinard
1.0505337603416
Jinx Tommi Sooni
1.045221801708
Phoebe Lord`s Jester
1.035582202562
Topaz Judith Leiber
1.030446801708
White Musk Ramon Monegal
1.0191348801708
Jolie de Nonchalance Maurer & Wirtz






1.0005337603416
Amami per Sempre  Gianluca Bulega Couture

1
Basile Style Femme Basile