Mungkin ada diantara kita di Malaysia menyatakan diri mereka sebagai peminat tegar makanan Jepun. Katakan sushi jenis apa, sashimi dan tempura sudah pasti pernah dirasai oleh kebanyakan diantara kita kerana semua contoh makanan yang disebutkan di atas memang sudah biasa disajikan di hotel-hotel 5 bintang ataupun restoren etnik yang terdapat di bandar-bandar utama di negara kita.
Tetapi pernahkah anda merasai makanan tradisi istimewa Jepun yang dikenali sebagai "Natto"? Jika pernah, bolehkah digambarkan bagaimana rasanya?
Di ruangan catatan kali ini, saya berminat untuk berkongsi sedikit informasi berkenaan Natto kepada semua pembaca blog saya.
Natto adalah sejenis makanan tradisi masyarakat Jepun yang dihasilkan dari proses pemeraman kacang soya dengan penghasilan sejenis bakteria yang dikenali sebagai Bacillus Subtilis.
Bacillus Subtilis adalah sejenis bakteria baik yang amat berguna untuk kesihatan usus kita. Selain itu, natto juga kaya dengan kandungan Vitamin K yang sangat berguna untuk penguatan tulang dan pemeliharaan tisu di dalam badan.
Natto juga dipercayai telah menjadi sumber nutrien utama bagi masyarakat Jepun semenjak zaman feudal sehingga ke hari ini dan ianya amat popular dikalangan penduduk bahagian timur kepulauan Jepun terutama sekali di daerah Kanto, Tohoku dan Hokkaido.

Memandangkan natto mempunyai bau peraman yang kuat, rasa yang kurang enak dan teksturnya yang melekit, maka sambutan terhadap makanan istimewa ini amat hambar sekali dikalangan bangsa asing.
Namun, berlainan pula dengan selera pemakanan saya. Saya dapati natto mempunyai rasa yang tersendiri yang tidak dapat dirasai pada makanan lain di dunia ini dan saya amat menggemari dan menghargai natto ini sehinggakan pernah saya menjadikannya makanan harian saya semasa menjalankan latihan praktikal saya di negara Jepun.
Ketika itu, ramai teman seangkatan saya "tabik spring" dengan keberanian saya menjamah nato. Sebelum saya berangkat pulang ke Malaysia, keluarga angkat saya telah berusaha datang daripada lokasi yang jauh untuk mengucapkan selamat tinggal dan ketika itu mereka memberikan bermacam-macam hadiah kepada saya dan salah satunya adalah natto. Ia merupakan salah satu pengalaman manis yang tidak mungkin dapat saya lupakan.
Natto yang diperam mengikut cara tradisional |
Natto yang telah dikomersilkan dan dijual didalam bekas polistrin dan disertakan sekali dengan "mustard" dan sos soya masin |
Tekstur natto yang melekit |
Hidangan lengkap nasi putih, natto dan hiasan daun bawang |
No comments:
Post a Comment