Nuffnang Ads

Sunday, November 25, 2012

Qasidah Burdah

Qasidah "Burdah" dendangan Mesut Kurtis penyanyi berbangsa Turki  yang berasal dari Macedonia


"BURDAH"

Chorus

Mawlaya salli wa sallim da-Iman abadan
Ala habibika khayril khalqi kullihimi

(Oh my Master, send Your salutations and blessings eternally Upon Your Beloved the best of creation) ( x 2 )


Muhammadun sayyidul kawnayni wath-thaqalain
(Muhammad is the leader [as the Final Prophet and the best of creation] Of the two worlds, and of Man and Jinn) ( x 3 )


(Chorus)

Wal fareeqaini min urbin wa min ajami
(Leader also of the Arabs and the non-Arabs and their kin)


(Chorus)

Huwal habibul ladhi thurja shafa athuhu
(Beloved by Allah is he, upon whose pleading we depend) ( x 3 )

Likulli hawlin minal ahwali muq-thahami
(From the terrors of the Day of Judgement, which on us descend)


(Chorus)

Thummar ridha an Abi Bakrin wa an Umarin
(Then we ask You to be pleased with Abu Bakr and 'Umar ( x 3 )

Wa an Aliyyin wa an Uthmana dhil karami
(And Ali and Uthman the generous one)


(Chorus)

Ya Rabbi bil Mustafa balligh maqasidana
(Oh Lord, with the Chosen One, grant us our goals) ( x 3 )


(Chorus)

Waghfir-lana ma mada, Ya wasi al karami
(And forgive us for what has already passed, Oh Most Munificent One)


Sejarah Qasidah Burdah

Qasidah Burdah dikarang oleh Imam Al-Busiri yang berasal dari negara Mesir ataupun sekarang dikenali sebagai Eqypt . Beliau dilahirkan pada tahun 610 Hijrah (1213 Masehi) dan meninggal dunia pada tahun 695 Hijrah (1296 Masehi). 

Beliau mendalami kitab suci al-Quran dan ilmu pengetahuan yang lain terun-temurun dari bapanya. Untuk memperdalamkan lagi ilmu agama dan kesusasteraan Arab, Imam al-Busiri telah berhijrah ke Kaherah dan di sana beliau telah menjadi seorang sasterawan yang ulung sehinggakan bakatnya didalam bidang syair mengatasi para penyair lain dizaman itu. 

Qasidah Burdah mengandungi 160 bait yang ditulis dengan seni bahasa yang menarik, lembut dan indah. Imam Al-Busiri telah menterjemahkan riwayat kehidupan Nabi Muhammad S.A.W kedalam bentuk bait-bait syair yang sangat puitis. 

Dengan bahasa yang sebegitu indah, Imam al-Busiri telah berhasil menanamkan kecintaan dan kasihnya umat Islam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad saw dengan lebih mendalam. Selain dari rasa kecintaan dan kasih yang mendalam terhadap Nabi saw, nilai-nilai sastera, sejarah dan moral turut terkandung dalam qasidah tersebut. Oleh itu, tidak hairanlah apabila qasidah ini sentiasa sahaja dibaca di institusi-institusi pengajian tradisi malah qasidah ini turut diajar di Universiti al-Azhar, Mesir.

Imam al-Busiri hidup dalam zaman peralihan kuasa diantara Dinasti Ayyubiyyah kepada Dinastik Mamalik Bahriyah. Pada ketika itu, pergolakan politik sangat meruncing, akhlak masyarakat merosot dan para pemerintah terlalu mengejar kebendaan. 

Maka dalam suasana yang tidak stabil itu, muncullah Qasidah yang dikarang oleh Imam al-Busiri yang seakan-akan mengajak manusia kembali mencontohi kehdupan Nabi Muhammad S.A.W yang berasaskan uswatun hasanah yakni suri tauladan yang baik, mengawal hawa nafsu dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar yang berasaskan al-Quran dan Hadith.

Burdah yang menjadi tema utama dalam karya al-Busiri itu adalah merujuk kepada jubah yang dipakai oleh Nabi Muhammad saw. Burdah milik Nabi Muhammad saw ini telah diberikan kepada Ka’ab bin Zuhair bin Abi Salma, seorang penyair terkenal Muhadramin (penyair dua zaman iaitu Jahiliyyah dan Islam). 

Riwayat pemberian burdah oleh Rasulullah saw kepada Ka’ab bin Zuhair bermula apabila Ka’ab sentiasa menggubah syair yang mengejek-ejek Nabi saw dan para sahabat. Oleh kerana merasa dirinya terancam, beliau telah bersembunyi untuk melindungi diri dari kemarahan para sahabat. 

Ketika terjadi penaklukan kota Makkah, saudara Ka’ab yang bernama Bujair bin Zuhair mengutus surat kepadanya yang isinya antara lain menganjurkan Ka’ab agar pulang bertaubat dan berjumpa Rasulullah saw. Setelah memahami isi surat itu, Ka’ab pun pulang ke rumah dan bertaubat. Ka’ab lalu berangkat menuju ke Madinah. 

Menerusi Abu Bakar as-Siddiq, Ka’ab telah memohon maaf kepada Rasulullah S.A.W. Ka’ab mendapat penghormatan yang tinggi dari Rasulullah saw sehinggalah baginda melepaskan burdahnya dan diberikan kepada Ka’ab. Ka’ab kemudiannya menggubah sebuah qasidah yang dikenali dengan nama Qasidah Burdah. 

Qasidah ini ditulis dengan indah oleh seorang ahli kaligrafi, Hasyim Muhammad al-Baghdadi didalam kitab kaligrafinya yang berjudul Qawaid al-Khat al-Arabi. Burdah yang diberikan oleh Rasulullah saw kepada Ka’ab kemudiannya menjadi milik keluarga Ka’ab sehinggalah ia dibeli oleh Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan dengan harga dua puluh ribu dirham. 

Burdah itu kemudiannya dibeli pula oleh Khalifah Abu Ja’far al-Mansur dari dinasti Abbasiyyah dengan harga empat puluh ribu dirham. Burdah itu seterusnya dipakai pada setiap kali solat hari raya oleh khalifah dan kemudiannya menjadi tradisi turun-temurun.

Diringkaskan sehingga bagaimana Qasida Burdah ini menjadi terkenal bermula apabila Imam al-Busiri tiba-tiba jatuh sakit dan diserang penyakit lumpuh separuh daripada badannya. Ramai pengamal perubatan yang terkemuka telah gagal menyembuhkan penyakitnya. 

Dalam keadaan yang tidak berdaya, Imam al-Busiri mengarang qasidah yang berkaitan dengan Nabi Muhammad S.A.W. Qasidah-qasidah ini disusun dengan begitu indah dan dilafazkan berulang-ulang oleh Imam al-Busiri. 

Pada satu malam ketika beliau sedang nyenyak tidur, beliau bermimpi melagukan qasidah-qasidah yang dikarangnya di hadapan Baginda Rasulullah saw sendiri. Rasulullah saw dalam mimpi tersebut begitu gembira dan menyukai qasidah tersebut, lantas baginda mengusap muka Imam al-Busiri dengan kedua-dua tangan baginda yang mulia. Rasulullah saw turut menyentuh bahagian tubuh Imam al-Busiri yang lumpuh dan memakaikan Imam al-Busiri dengan burdah baginda.

Sebaik sahaja tersedar dari mimpi tersebut, Imam al-Busiri berasa amat terkejut apabila beliau mendapati tubuhnya sudah boleh digerakkan dan Imam al-Busiri dengan segera keluar dari kediamannya untuk menceritakan kisahnya kepada orang lain. 

Beliau bertembung dengan seorang pemuda yang bertanya kepadanya, “Syeikh, bawakan kepadaku qasidah-qasidah yang telah kau karang tentang Nabi s.a.w.” Terkejut dengan permintaan pemuda tersebut, Imam al-Busiri bertanya, “Dimanakah anda mengetahui tentang qasidah yang kukarang? Aku tidak pernah menceritakannya mahupun melagukannya kepada sesiapapun!” Kemudian, pemuda tersebut menjawab,


“Aku bermimpi malam tadi bahawa Nabi SAW didendangkan dengan qasidah-qasidah yang cukup indah yang memuji baginda. Aku lihat baginda begitu gembira dan menyukai qasidah tersebut dan memakaikan pakaian baginda (burdah) kepada orang yang melagukan qasidah tersebut…Dan aku melihatmu dalam mimpiku!”
Semenjak dari peristiwa tersebut, Qasidah Burdah yang dikarang oleh Imam al-Busiri telah menjadi sangat masyhur. Umat Islam pada zaman silam diajarkan tentangnya dan menjadi nasyid harian. Malahan ramai di antara ‘ulama Islam seperti Ibnu Hajar Haithami yang menganggap harus untuk mempelajari qasidah ini bagi penuntut-penuntut ilmu Islam bagi memupuk kecintaan terhadap baginda Rasulullah s.a.w.

Qasidah Burdah telah diterjemah ke dalam bahasa Jepun oleh Sh. Ahmad Abu Hakeem Maeno


Manuskrip Asal Qasidah Burdah

Antara petikan manuskrip asal Qasidah Burdah

No comments: