Nuffnang Ads

Tuesday, April 8, 2014

Berkelah di Singing Dune Qatar


Tiupan dan pusaran angin kering dari Teluk Parsi dan pedalaman Semenanjung
Tanah Arab Saudi yang memberntuk beting pasir setinggi lebih kurang
100 meter  menjadi lokasi unik untuk aktiviti perkelahan di musim sejuk.


Selama dua tahun menetap di Qatar, saya dan keluarga hanya mendengar perbualan rakan-rakan yang selalu mengadakan aktiviti perkelahan di kawasan padang pasir di pedalaman semenanjung tanah Qatar. 

Namun ketika menerima kehadiran tetamu yang agak "adventurous" iaitu adik-adik isteri saya, kami pun bercadang untuk mencuba aktiviti yang sangat unik ini bagi memenuhi masa lapang.

Usaha memanjat beting pasir yang tinggi

Perkelahan padang pasir ini diadakan seminggu selepas aktiviti riadah menunggang ATV yang saya utarakan pada post yang lepas.

Ketika cuaca masih sejuk iaitu dalam lingkungan 7 - 21 degree celcius, persiapan rapi telah dibuat iaitu dengan menyediakan makanan dan kelengkapan perkelahan masing. 

Menjamu selera dengan bekalan yang dibawa bersama

Perkelahan ini telah dirancang bersama dua lagi keluarga Malaysia dimana masing-masing menentukan untuk membawa makanan yang berlainan jenisnya bagi memeriahkan lagi aktiviti ini.

Puas!…Itulah perkataan yang boleh diungkapkan setelah penat mendaki beting pasir sehingga ke puncaknya. Ketika berada di atas puncak, kelihatan kenderaan dan sesiapa sahaja yang masih berada dibawah amat kecil saiznya dan ia membuktikan beting pasir yang didaki agak tinggi.

Pendakian yang tak pasti…hahaha

Kekuatan kaki dan tangan amatlah penting untuk mendaki. Tahap kejerlusan pasir gurun ini memberi satu cabaran untuk pendaki-pendaki beting.

Memandangkan cuaca musim sejuk yang mendingin menjelang waktu petang, beting pasir yang didaki juga menjadi sejuk. Satu pengalaman yang amat menakjubkan.

 Ketika berada dipuncak

Puncak beting pasir

Ketika mendaki, kami berpeluang menikmati bunyian yang terhasil oleh sentuhan angin dan pasir yang seolah-olah mendengungkan sesuatu.

 Ketika menggelongsor turun bunyian dengung akan terhasil

Kelihatan kenderaan kami begitu kecil saiznya dibawah sana

Ketika kami turun menggelongsor pula, terhasil satu bunyian yang agak unik dan mungkin juga oleh sebab itu padang pasir berkenaan dikenali sebagai pasir berdengung atau "singing dune" oleh penduduk tempatan.

Perkelahan berakhir setelah senja berlabuh




2 comments:

tini said...

Good read...thx for d info...nice pix too wan

qataridz said...

tq tini...