Nuffnang Ads

Sunday, November 18, 2012

SAGE (Salvia officinalis)

Sewaktu melawati Souk Wakeef di Doha, Qatar. Aku tertarik dengan penjualan rempah ratus dan herba oleh kebanyakan kedai yang terdapat di sana. 

Diantara semua rempah dan herba tersebut, aku berasa amat tertarik dengan sejenis daun kering yang amat wangi seiras bau daun pudina dan rosemary. 

Ianya adalah daun SAGE atau nama saintifiknya Salvia officinalis. Tumbuhan ini banyak didapati tumbuh di kawasan selatan Eropah dan Mediterenean. Ianya tergolong dalam keluarga tumbuhan pudina.

Jadi aku pun bertanyalah kepada tuan empunya kedai tentang apakah kegunaan daun sage. Menurut penjual, sage banyak digunakan dalam masakan timur tengah, masakan barat dan ia juga amat mujarab untuk mengurangkan kandungan gas di dalam badan. Dalam bahasa melayu pasar, kita menyebut angin dalam badan. 

Memandangkan aku dan isteri aku kini mengalami sedikit masalah angin di dalam badan, maka aku pun berminat untuk mencuba dan meneroka khasiat sage yang dikatakan amat mujarab jika diminum bersama air panas dicampurkan dengan sedikit gula atau pun madu. 

Setiba nya aku dirumah, aku pun meng"google" untuk mengetahui lebih lanjut kebaikan daun sage yang aku rasa agak susah untuk didapati di Malaysia. 

Berikut adalah antara kebaikan tumbuhan sage:-
  • Salah satu herba terawal digunakan dalam perubatan dan masakan di dalam sejarah manusia. 
  • Masyarakat purba Mesir menggunakan sage sebagai ubat kesuburan
  • Ahli Fizik dari Greek melaporkan terdapat enzim didalam daun sage yang mampu menghentikan pendarahan luka dan membersihkan alser. Beliau juga menggalakkan sage di ambil bersama air suam untuk menghilangkan batuk dan sakit di bahagian tekak dengan berkumur dengan mnggunakan air jus sage.
  • Pengamal herba juga mencadangkan pengambilan jus sage sebagai penyelesaian masalah ketidak selesaan pathologi di bahagian otot, tulang dan nadi. Ia juga mampu mengawal lebihan pendarahan ketika haid dan mengeringkan susu ibu setelah tamat proses penyusuan.
  • Ia juga dipercayai mampu menguatkan sistem saraf, menguatkan daya ingatan dan menajamkan semua deria.
  • Oleh yang demikian sage telah secara rasminya di senaraikan sebagai ramuan penting dalam industri penghasilan ubatan negara Amerika Syarikat sekitar tahun 1840 sehingga 1900.
  • Mampu meningkatkan daya gerak hati atau "intuition" yang dikatakan amat penting dalam proses membaca dan mentelaah pelajaran.
  • Masyarakat asli Amerika menggunakan sage sebagai ejen aroma terapi bagi membersihkan kawasan tempat tinggal dan sebelum melaksanakan upacara tertentu. Ia dipercayai dapat membersihkan kawasan dari segi spiritual.
  • Memiliki sifat antiflammatory, antioksidan, antifungal, antiseptik, antibacteria antimicrobial dan antixiolotic (menurangkan kebimbangan).
  • Kesan antioksidan sage mampu memberi perlindungan tubuh dari penyakit barah, jantung, arthritis dan Alzheimer.
Cara penyediaan teh sage adalah seperti berikut:-

inilah daun sage kering yang boleh didapati di kebanyakan souk di negara timur tengah
tambahkan sedikit gula putih agar lebih menyelerakan untuk diminum
tambahkan air panas
kacau hingga sebati. dinasihatkan supaya menggunakan sudu plastik. elak dari menggunakan sudu besi kerana banyak sumber menyatakan penggunaan sudu atau kelengkapan besi boleh melemahkan nutrien yang terdapat didalam ubat ubatan herba terutama sekali madu.
madu lebah juga boleh di gantikan dengan gula  terpulang kepada selera pengguna

10 comments:

dolpin pin said...

Assalsm...nk tnya dimana beli teh sage ni? Saya cari payah x dpt2... plez info...tq

Amz Kmrl said...

Mohon tuan tlong beri info di mana saya boleh dapatkan supply salvia ni..email:amzkmrl@gmail.com

Amz Kmrl said...

Mohon tuan tlong beri info di mana saya boleh dapatkan supply salvia ni..email:amzkmrl@gmail.com

mohammed ridzuan Jaafar said...

Kami akan supply teh sage ni ke Malaysia…masih dalam proses tinggal email supaya nanti kami boleh beritahu …

Terima kasih @amzkmrl nanti kami akan update

imiey ariffin said...

assalmualaikum..sy perlu kan teh sage utk pnyakit peluh sy..email sy imiey.ariffin29@gmail.com

imiey ariffin said...

assalmualaikum..sy perlu kan teh sage utk pnyakit peluh sy..email sy imiey.ariffin29@gmail.com

Ajib Joey said...

As salam..tuan sy cari daun sage...
ajibjoey@gmail.com

Apriza Lingga said...

Ass,saya dr indonesia, klo diindonesia sudah ada belum sega, mohon email aprizalingga@gmail.com

Apriza Lingga said...

Ass,saya dr indonesia, klo diindonesia sudah ada belum sega, mohon email aprizalingga@gmail.com

Anonymous said...

Salam, berminat utk mencuba teh herba daun sage? Sila email ke wonderfullywholesome@gmail.com. Masih ada stok 8 paket daun Maramiya/Sage kering utk dijual. Sepeket RM10 Tak termasuk kos postage. Terima kasih.