Nuffnang Ads

Monday, January 28, 2013

Itinerary Percutian Ke Tokyo (Musim Bunga)


Memang dah terniat dalam hati sekian lama untuk pergi honeymoon ke Tokyo selepas kahwin. 

Sudah ditentukan Allah bahawa rezeki itu ada dan kebetulan berjodoh pula dengan kakitangan syarikat penerbangan.

Maka terjadilah beberapa honeymoon trip ke Bali, Phuket, Langkawi, Amsterdam, Doha dan yang paling mahal ialah percutian ke Tokyo, Japan. 

Walaupun telah beberapa kali melawat negeri mata hari terbit ini, rasanya masih belum lengkap dan masih banyak lagi tempat-tempat yang belum diterokai disana. 

Al maklumlah Tokyo merupakan antara bandaraya yang terbesar di dunia.

Beberapa faktor yang membuatkan aku benar-benar suka dengan Japan:-

- Tak ramai pelancong asing di sana (jadi aku rasa ianya agak eksklusif).
- Walaupun dikenali sebagai destinasi mahal, tetapi aku dapati banyak juga benda yang murah.
- Budaya orang tempatan yang amat sopan, peramah dan langsung tidak merbahaya.
- Teknologi, terdapat banyak jugak hasil kecanggihan teknologi yang masih belum keluar dari Japan.
- Destinasi yang selamat, bersih dan terkenal.
- Cuaca yang sungguh "pleasant" terutama sekali ketika musim bunga.
- Makanan fresh terutama seafood.
- Sistem pengangkutan yang pada pendapat aku paling cekap di dunia.
- Fashion yang updated.
- Dan sebab paling utama ialah aku dapat practice pertuturan bahasa Jepun yang aku pelajari semaksima mungkin di sana.

Berikut adalah itinerary yang telah aku sediakan sebelum menjejakkan kaki ke Tokyo pada bulan April lepas. 

Walaupun ianya mungkin tidak begitu tepat dan lengkap pada sesetengah orang, tetapi ia sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai hasrat untuk ke sana.

6 comments:

Azian Elias said...

Salam kenal..

anak akak teringin sangat nak ke Jepun. rasa macam tak mamfu je..kena budget bebetul..

mohammed ridzuan Jaafar said...

salam...

Puan Azian,

Insya Allah ada kehendak pasti ada jalannya...kalau dilihat pada itinerary saya buat tu mmg perlukan duit juga lah...sebab saya pergi tujuan berbulan madu dengan isteri sudah tentu perlu pergi tempat yg terbaik antara yang terbaik...tapi saya pernah pergi ke Jepun dengan hanya berbekalkan duit poket RM1000 sahaja tidak termasuk penginapan dan tiket penerbangan...

kalau diikutkan skrg ni mmg dah tawaran harga tiket murah dan sudah tentu melalui pembelian internet dan dalam jangkamasa panjang contohnya kalau nak travel hujung tahun, awal tahun dah kene booking tiket dah...lain lah kalau anak puan kerja dengan syarikat penerbangan bila teringat nak pergi tempah saja tiket bila bla masa...

kalau dilihat patern tiet sales penerbangan mas dan air asia ni...beli tiket awall mmg untung dan murah...untuk ke tokyo lebih jimat kalau beli tiket air asia sebab airportnya dekat dengan tokyo iaitu di haneda airport..kalau mas pulak agak jauh di narita airport dan perlukan tambang tambahan untuk tren ke tokyo...
tiket paling murah saya tengok di website rm 900 sehala....

budget tiket flight dalam rm2500 la lebih kurang...hotel atau hostel boleh dapat dalam rm250-350 semalam...walaupun hotel kecik tapi boleh la untuk tidur..dan tiket komuter n subway budget macam saya bentangkan tu..



Delima Zamrud said...

Ermmm teringin gak nk pi sana but mahal sgt kan :)..

mohammed ridzuan Jaafar said...

delima zamrud....tak mahal kalau tau macammana nak belanja...

Melancong Ke Jepun said...

Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.

Sila hubungi melalui :
Website : http://www.melancongkejepun.com/
Facebook : Melancong Ke Jepun
Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
Email : melancongkejepun@gmail.com

mohammed ridzuan Jaafar said...

Adib @melancongkejepun saya email tak jawab pun…saya plan nak ke jepun