Nuffnang Ads

Tuesday, April 16, 2013

Laksa Penang (Resepi Peribadi)

Laksa Penang (kekurangan bahan maka jadilah ia seperti ini)
BAHAN-BAHAN A:-

1 pek laksa kering
(brand 'Eka" menjadi pilihan kerana saiznya yang gemuk)

1 kilo ikan 
(jenis ikan sebenarnya terpulang kepada individu, namun bagi saya ikan yang sesuai untuk ramuan kuah laksa saya adalah segala jenis ikan dari keluarga mackerel termasuklah ikan kembung, ikan bisan (orang KL sebut ikan ni ikan sardin), ikan mabung [bentuk seperti ikan kembung tapi besar dari segi saiznya], spanish mackerel yang berbelang dibadannya dan banyak dijual di Jepun, ikan parang, belut dan sekiranya sukar untuk mendapat stok ikan yang disebut di atas ikan tongkol/tuna dan ikan sardin yang ditinkan pun boleh juga digunakan) rasa kuah laksa dari ikan-ikan ini sudah pasti berbeza.

7 batang cili kering
(boleh ditambah sekiranya suka pedas dan ingin kelihatan lebih merah kuahnya)

1 biji bawang besar

1 cekak daun kesum 

2 batang bunga kantan 

1 ulas lengkuas (diketuk)

2 batang serai (diketuk)

4 keping asam gelugur (asam keping)

1 inci belacan 

1 genggam ikan bilis 
(boleh juga digantikan dengan kiub ikan bilis)


Laksa yang telah direbus
Kuah Laksa yang telah siap dimasak

BAHAN-BAHAN B (ulam-ulaman dan penambah perasa):-

Daun salad 
(melalui experience ulaman berdaun ini boleh juga digantikan dengan iceberg lettuce, pudina, daun selom, pucuk gajus, pucuk putat dan ulam raja)

Bunga kantan

Bawang Besar
(Bawang merah besar india adalah lebih sesuai kerana manis dan aromanya yang lebih ideal untuk masakan asian) 

Cili padi
(boleh digantikan dengan cili burung untuk lebih pedas dan cili merah biasa jika inginkan rasa yang kurang pedas)

Limau nipis 
(boleh digantikan juga dengan limau kasturi atau lemon tetapi limau nipis mempunyai rasa yang lebih sesuai dengan laksa)

Timun
(terdapat dua jenis timun yang sesuai iaitu timun biasa dan timun jepun. Kedua-duanya boleh digunakan terpulang kepada selera individu)

Nenas
(Nenas adalah ramuan tambahan untuk laksa kuala kangsar. Tetapi sudah cukup memadai dengan semua ramuan ulam-ulaman di atas sekira nenas dikecualikan)

Petis udang 
(bagi menambah rasa kemanisan kuah laksa, masukkan sedikit petis udang sebelum makan)


Ulam-ulaman laksa (condiment) yang telah dipotong
KAEDAH PENYEDIAAN:-

1. Laksa kering perlu direndam semalaman atau beberapa jam bagi menyingkatkan proses memasaknya  supaya ia cepat menjadi lembut/empuk. Setelah di rebus dan didapati ianya sudah lembut, toskan dan masukkan ke dalam bekas untuk dihidangkan.

2. Ikan yang telah disiang harus direbus bersama sedikit asam keping bagi menghilangkan bau hanyir ikan. Setelah air rebusan mendidih, asingkan ikan dari air rebusan. Pisahkan isi ikan dan tulangnya dan asingkan ke dalam bekas yang berasingan. Isi ikan yang telah diasingkan tulangnya perlu dikisar separa hancur dan dimasukkan ke dalam periuk/stock pot. Tulang ikan yang diasingkan tadi juga perlu dikisar dengan sedikit air dan air kisaran  tulang ikan harus di tapis dan dimasukkan ke dalam periuk kuah. Campurkan keseluruhan air rebusan ikan ke dalam periuk kuah.

3. Cili kering perlu digunting dan di rendam dengan air panas bagi memudahkan proses mengisar. Setelah cili kering tersebut telah kembang dan lembut, kisar bersama bawang besar, belacan dan ikan bilis. Setelah dikisar, masukkan adunan ke dalam periuk kuah. Panaskan periuk dan masukkan daun kesum, bunga kantan, lengkuas dan serai yang telah dititik. Masak sehingga ia mendidih dan masukkan garam secukup rasa.

4. Bahan-bahan B perlu di potong untuk dijadikan condiment semasa menghidang laksa. Biasanya timun akan dipotong julienne dengan saiz yang mudah untuk dimakan iaitu 1 1/2 inci. Manakalah bahan-bahan lain boleh dipotong halus mengikut citarasa masing-masing.

5. Cara menghidang laksa adalah dengan memasukkan laksa yang telah direbus tadi ke dalam pinggan ataupun mangkuk. Masukkan kuah dan hiaskan dengan bahan-bahan B di atas permukaan dan sedialah untuk di makan.

4 comments:

Delima Zamrud said...

Atas nama laksa mmg kegemaran D5 fuhhh terliur sudah nie :D..

mohammed ridzuan Jaafar said...

Apa lagi cuba la resepi saya ni....hihi

Norzuryati Mohamad Basir said...

sedapppnyeee...makanan kegemaran tu...
nk kene try ni..

jemput ke blog saye..

http://norzuryati.blogspot.com

~perkongsian ttg kehidupan, anak2, tips kesihatan, kecantikan, tazkirah dll..

Moga bermanfaat :)

mohammed ridzuan Jaafar said...

@norzuryati terima kasih…insyaAllah saya akan follow blog awak...