Nuffnang Ads

Showing posts with label Selera Ridzuan. Show all posts
Showing posts with label Selera Ridzuan. Show all posts

Friday, October 9, 2015

Ikan Kukus Portugis Daun Tin

Ikan Kukus Portugis Daun Tin
Bahan-bahan Utama:-

1 ekor ikan **
5 batang kacang bendi (dipotong serong)
1 sudu makan air perahan limau
1/2 sudu makan kicap pekat
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)
4 helai daun tin (bersaiz sederhana) *
2 sudu makan minyak masak
2 keping kertas aluminium

** Hidangan ini sesuai untuk semua jenis ikan dan makanan laut lain seperti sotong udang dan kepah. Jenis ikan yang biasanya digunakan di Malaysia adalah pari / siakap / kembung. Dalam resepi ini saya gunakan ikan "Atlantic Sea Bream" yang rasanya hampir sama dengan Siakap (sila rujuk foto lampiran di bawah)
* Sekiranya tiada daun tin. Saudara boleh gunakan daun pisang atau daun kunyit

Bahan-bahan kisar:-

8 tangkai cili kering *
4 biji buah keras
1 labu bawang besar (saiz sederhana)
1 batang serai
1/2 inci belacan
1 sudu serbuk cili (sebagai penambah warna)
2 helai daun limau purut ("optional")

* boleh juga digantikan dengan cili hidup merah (4 tangkai) sekiranya tiada cili kering

Kaedah Penyediaan:-

1. Panaskan kuali dan minyak masak. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
2. Tambah air perahan limau, kicap pekat dan season dengan gula dan garam secukup rasa. Setelah agak kering biarkan ia sejuk sementara saudara lakukan proses berikutnya.
3. Hamparkan kertas aluminium dalam dulang pembakar. Lapikkan dua helai daun tin di atas kertas aluminium.
4. Lumur luar dan dalam perut ikan dengan bahan kisar yang telah dimasak dan disejukkan. Tempatkan ikan yang telah dilumur dengan bahan kisar tadi di atas daun tin yang diletakkan diatas kertas aluminium tadi. Sekiranya ada baki bahan kisar tuang ke atas ikan dan tabur hirisan bendi dibahagian atas.
5. Ambil baki dua helai daun tin dan balut ikan di bahagian atas dan balut sekali lagi dengan kertas aluminium kedua. Panaskan kuali leper untuk memasak ikan yang telah dibalut dengan kertas aluminium. Saudara juga boleh bakar dalam oven dengan suhu 200 darjah celsius selama 30 minit.

Nota: Proses yang memasak yang digunakan tidak dipanggil ikan bakar kerana ikan tersebut dibalut dengan kertas aluminium dan tiada wap masakan keluar dari balutan. Maka terma kukus adalah yang paling tepat untuk resepi ini.

Selamat Mencuba!

Sila rujuk lampiran bergambar dibawah untuk lebih menghayati resepi:-
Bahan kisar
Ikan Atlantic Sea Bream
Daun tin
Bahan kisar yang ditumis
Ikan yang telah dilumur bahan kisar dan ditabur hirisan bendi. Luhat daun tin dilapik di bahagian bawah.
Baki daun tin dibalut di bahagian atas
Ikan dibungkus dengan kertas uluminium sebelum dibakar
Setelah masak daun tin bahagian atas kelihatan lecur
Ikan bakar portugis daun tin sedia untuk dimakan 
Isi ikan kukus portugis daun tin yang lembut dan berjus. Dilengkapi dengan rasa masam, masin, manis disamping aroma daun tin yang sungguh istimewa. 

Thursday, September 10, 2015

Resipi Daging Pad Kra Paw

Daging Pad Kra Paw
Dah lama tak update resepi kat sini. Hari ni saya nak perkenalkan resipi Daging "Pad Kra Paw" versi saya. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai "Stir Fried Beef with Basil Leave".

Pad Kra Paw ni bermaksud daun basil atau yang paling tepat sekali adalah Thai Holy Basil. Holy Basil ni banyak digunakan dalam masakan yang saya ingin share ini di Thailand.

Tetapi saya lebih suka menggunakan Thai Sweet Basil kerana aroma nya yang lebih kuat. Lebih berselera nak makan.

Selain daging lembu, daging ayam juga sesuai digunakan untuk resepi ini.

Senarai penuh bahan-bahan:-

Daun basil (Thai Sweet Basil @ Holy Basil) - Segenggam
Daging lembu dipotong nipis atau memanjang - 400 gram
Bawang putih - 5 ulas (Dicincang)
Cili kisar / cili boh - 5 sudu makan
Kicap cair - 1 sudu makan
Sos ikan - 1 sudu makan
Sos tiram - 2 sudu makan
Minyak masak - 4 sudu makan
Air - sekiranya inginkan hidangan ini berkuah
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:-

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging dan masak daging sehingga empuk.
4. Tambah perasa dengan memasukkan kicap cair, sos ikan, sos tiram dan masukkan daun basil.
5. Sekiranya suka hidangan ini berkuah, tambahkan sedikit air.
6. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah rasanya lengkap dan mantopp hidang panas-panas dan makan dengan nasi putih. Saya suka makan hidangan ini bersama telur mata.

Tak kenal Thai Sweet Basil? Lihat gambar dibawah:-

Daun Basil (Thai Sweet Basil)
Bahan utama lain yang diperlukan adalah seperti di bawah:-

Cili Kisar dan Bawang Putih 
Daging
Bawang putih dan cili kisar yang ditumis
Daging yang telah dimasukkan menghasilkan sedikit kuah/juice
Setelah daun basil, sos dan bahan perasa dimasukkan
Sesuai dimakan bersama nasi putih dan telur mata

Tuesday, April 16, 2013

Laksa Penang (Resepi Peribadi)

Laksa Penang (kekurangan bahan maka jadilah ia seperti ini)
BAHAN-BAHAN A:-

1 pek laksa kering
(brand 'Eka" menjadi pilihan kerana saiznya yang gemuk)

1 kilo ikan 
(jenis ikan sebenarnya terpulang kepada individu, namun bagi saya ikan yang sesuai untuk ramuan kuah laksa saya adalah segala jenis ikan dari keluarga mackerel termasuklah ikan kembung, ikan bisan (orang KL sebut ikan ni ikan sardin), ikan mabung [bentuk seperti ikan kembung tapi besar dari segi saiznya], spanish mackerel yang berbelang dibadannya dan banyak dijual di Jepun, ikan parang, belut dan sekiranya sukar untuk mendapat stok ikan yang disebut di atas ikan tongkol/tuna dan ikan sardin yang ditinkan pun boleh juga digunakan) rasa kuah laksa dari ikan-ikan ini sudah pasti berbeza.

7 batang cili kering
(boleh ditambah sekiranya suka pedas dan ingin kelihatan lebih merah kuahnya)

1 biji bawang besar

1 cekak daun kesum 

2 batang bunga kantan 

1 ulas lengkuas (diketuk)

2 batang serai (diketuk)

4 keping asam gelugur (asam keping)

1 inci belacan 

1 genggam ikan bilis 
(boleh juga digantikan dengan kiub ikan bilis)


Laksa yang telah direbus
Kuah Laksa yang telah siap dimasak

BAHAN-BAHAN B (ulam-ulaman dan penambah perasa):-

Daun salad 
(melalui experience ulaman berdaun ini boleh juga digantikan dengan iceberg lettuce, pudina, daun selom, pucuk gajus, pucuk putat dan ulam raja)

Bunga kantan

Bawang Besar
(Bawang merah besar india adalah lebih sesuai kerana manis dan aromanya yang lebih ideal untuk masakan asian) 

Cili padi
(boleh digantikan dengan cili burung untuk lebih pedas dan cili merah biasa jika inginkan rasa yang kurang pedas)

Limau nipis 
(boleh digantikan juga dengan limau kasturi atau lemon tetapi limau nipis mempunyai rasa yang lebih sesuai dengan laksa)

Timun
(terdapat dua jenis timun yang sesuai iaitu timun biasa dan timun jepun. Kedua-duanya boleh digunakan terpulang kepada selera individu)

Nenas
(Nenas adalah ramuan tambahan untuk laksa kuala kangsar. Tetapi sudah cukup memadai dengan semua ramuan ulam-ulaman di atas sekira nenas dikecualikan)

Petis udang 
(bagi menambah rasa kemanisan kuah laksa, masukkan sedikit petis udang sebelum makan)


Ulam-ulaman laksa (condiment) yang telah dipotong
KAEDAH PENYEDIAAN:-

1. Laksa kering perlu direndam semalaman atau beberapa jam bagi menyingkatkan proses memasaknya  supaya ia cepat menjadi lembut/empuk. Setelah di rebus dan didapati ianya sudah lembut, toskan dan masukkan ke dalam bekas untuk dihidangkan.

2. Ikan yang telah disiang harus direbus bersama sedikit asam keping bagi menghilangkan bau hanyir ikan. Setelah air rebusan mendidih, asingkan ikan dari air rebusan. Pisahkan isi ikan dan tulangnya dan asingkan ke dalam bekas yang berasingan. Isi ikan yang telah diasingkan tulangnya perlu dikisar separa hancur dan dimasukkan ke dalam periuk/stock pot. Tulang ikan yang diasingkan tadi juga perlu dikisar dengan sedikit air dan air kisaran  tulang ikan harus di tapis dan dimasukkan ke dalam periuk kuah. Campurkan keseluruhan air rebusan ikan ke dalam periuk kuah.

3. Cili kering perlu digunting dan di rendam dengan air panas bagi memudahkan proses mengisar. Setelah cili kering tersebut telah kembang dan lembut, kisar bersama bawang besar, belacan dan ikan bilis. Setelah dikisar, masukkan adunan ke dalam periuk kuah. Panaskan periuk dan masukkan daun kesum, bunga kantan, lengkuas dan serai yang telah dititik. Masak sehingga ia mendidih dan masukkan garam secukup rasa.

4. Bahan-bahan B perlu di potong untuk dijadikan condiment semasa menghidang laksa. Biasanya timun akan dipotong julienne dengan saiz yang mudah untuk dimakan iaitu 1 1/2 inci. Manakalah bahan-bahan lain boleh dipotong halus mengikut citarasa masing-masing.

5. Cara menghidang laksa adalah dengan memasukkan laksa yang telah direbus tadi ke dalam pinggan ataupun mangkuk. Masukkan kuah dan hiaskan dengan bahan-bahan B di atas permukaan dan sedialah untuk di makan.

Thursday, November 29, 2012

Resipi Roast Chicken Pomegranate Molasses



Roasted Chicken Pomegranate Molasses dengan fresh garden salad, ken tang lenyek bersama sos lada hitam

Idea nak masak masakan ni timbul selepas terjumpa satu produk yang agak asing bagi saya iaitu sos 'Pomegranate Molasses' di sebuah pasaraya di Doha, Qatar. Rasanya belum pernah lagi terjumpa produk ni dijual di Malaysia. Jadi balik rumah macam biasa google lah yang memberi jawapannya.

Sebenarnya, pomegranate molasses ni adalah produk dari Asia Barat. Ia banyak digunakan dalam masakan Turki, Lubnan dan Iran. Dalam masa yang sama masyarakat Eropah juga banyak mengekploitasi sos pomegranate molasses ini dalam resipi masakan mereka. Antara yang paling popular adalah "Roasted Chicken Pomegranate Molasses".

Berikut adalah resipi Roasted Chicken Pomegranate Molasses yang telah saya cuba dengan jayanya.

Bahan-bahan:


AYAM

1 ekor ayam - dibelah dua untuk dua hidangan
 Lemon
 Paprika
 Lada sulah
 Thyme
Bawang besar
Bawang putih
 Garam & gula (secukup rasa)
 Sos delima pekat atau "pomegranate molasses".

SOS LADA HITAM

Kiub perasa ayam knor
Sos delima pekat "pomegranate molasses"
Lada hitam yang ditumbuk separa halus


KENTANG LENYEK

Ubi Kentang Idaho
Mentega
Susu segar sejuk
Garam dan lada sulah


FRESH GARDEN SALAD

Campuran daun "letuce"
Sos venaigrete


Cara penyediaan Ayam:

Sediakan setau mangkuk dan masukkan satu sudu sos delima pekat, satu sudu minyak masak, serbuk paprika, serbuk lada sulah, garam dan thyme. Gaulkan sehingga sebati dan lumurkan pada keseluruhan permukaan ayam dan perap selama dua jam di dalam peti sejuk.

Bawang besar dan lemon dipotong bulat dan nipis, manakala bawang putih pula dicincang halus. Letakkan hirisan bawang, lemon dan bawang putih dilantai bekas pemanggang atau bekas kaca tahan panas.

Letakkan ayam yang telah diperap ke atas bawang dan lemon dan sira dengan lebihan campuran rempah tadi. Bakar di dalam ketuhar yang bersuhu 200 celcius selama 30 minit. Setelah ayam yang dibakar telah masak, potong kepada dua bahagian. Gambar di bawah menunjukkan keadaan ketika sebelum dan sesudah masak:-

Sebelum dimasukkan ke dalam oven

Ayam yang telah dibakar didalam oven
Cara Penyediaan Sos Lada Hitam:

Tuang air panas ke dalam bekas pembakar agar sisa-sisa rempah bakaran ayam tadi melarut. Panaskan diatas dapur dan tambahkan satu kiub ayam knor, sedikit lada hitam yang telah ditumbuk separa halus dan sedikit sos delima pekat. kacau sehingga ia menjadi pekat dan tambahkan garam halus dan lada sulah secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.

Cara Penyediaan Kentang Lenyek:

Ubi kentang idaho dibuang kulitnya dan direbus sehingga empuk. Masukkan ke dalam bekas dan lenyekkan sambil ditambah sedikit mentega, garam dan lada sulah serta susu segar sejuk. Lenyekkan sehingga menjadi sebati dan boleh diumpal.

Cara Penyediaan Salad:

Daun salad campuran lettuce dibasuh dan di toskan. Tuangkan sedikit sos vinaigrete, sedikit garan dan lada sulah dan gaulkan sehingga sebati. Setalah sebati sedia untuk dihidangkan.

(Cadangan hidangan adalah seperti ilustrasi gambar paling atas)


Friday, November 23, 2012

Natto Yang Tidak Disukai Ramai Tetapi Menjadi Makanan Kegemaran Aku

Mungkin ada diantara kita di Malaysia menyatakan diri mereka sebagai peminat tegar makanan Jepun. Katakan sushi jenis apa, sashimi dan tempura sudah pasti pernah dirasai oleh kebanyakan diantara kita kerana semua contoh makanan yang disebutkan di atas memang sudah biasa disajikan di hotel-hotel 5 bintang ataupun restoren etnik yang terdapat di bandar-bandar utama di negara kita. 

Tetapi pernahkah anda merasai makanan tradisi istimewa Jepun yang dikenali sebagai "Natto"? Jika pernah, bolehkah digambarkan bagaimana rasanya?

Di ruangan catatan kali ini, saya berminat untuk berkongsi sedikit informasi berkenaan Natto kepada semua pembaca blog saya.

Natto adalah sejenis makanan tradisi masyarakat Jepun yang dihasilkan dari proses pemeraman kacang soya dengan penghasilan sejenis bakteria yang dikenali sebagai Bacillus Subtilis. 

Bacillus Subtilis adalah sejenis bakteria baik yang amat berguna untuk kesihatan usus kita. Selain itu, natto juga kaya dengan kandungan Vitamin K yang sangat berguna untuk penguatan tulang dan pemeliharaan tisu di dalam badan.

Natto juga dipercayai telah menjadi sumber nutrien utama bagi masyarakat Jepun semenjak zaman feudal sehingga ke hari ini dan ianya amat popular dikalangan penduduk bahagian timur kepulauan Jepun terutama sekali di daerah Kanto, Tohoku dan Hokkaido.

Memandangkan natto mempunyai bau peraman yang kuat, rasa yang kurang enak dan teksturnya yang melekit, maka sambutan terhadap makanan istimewa ini amat hambar sekali dikalangan bangsa asing.

Namun, berlainan pula dengan selera pemakanan saya. Saya dapati natto mempunyai rasa yang tersendiri yang tidak dapat dirasai pada makanan lain di dunia ini dan saya amat menggemari dan menghargai natto ini sehinggakan pernah saya menjadikannya makanan harian saya semasa menjalankan latihan praktikal saya di negara Jepun.

Ketika itu, ramai teman seangkatan saya "tabik spring" dengan keberanian saya menjamah nato. Sebelum saya berangkat pulang ke Malaysia, keluarga angkat saya telah berusaha datang daripada lokasi yang jauh untuk mengucapkan selamat tinggal dan ketika itu mereka memberikan bermacam-macam hadiah kepada saya dan salah satunya adalah natto. Ia merupakan salah satu pengalaman manis yang tidak mungkin dapat saya lupakan. 

Natto yang diperam mengikut cara tradisional 
Natto yang telah dikomersilkan dan dijual didalam bekas polistrin dan disertakan sekali dengan  "mustard" dan sos soya masin
Tekstur natto yang melekit
Hidangan lengkap nasi putih, natto dan hiasan daun bawang

Tuesday, November 20, 2012

Jus Avocado

Bahan-bahan yang diperlukan (Buah Avocado [buah ranum - lembut apabila ditekan dari luar kulitnya],  Gula putih dan Susu Segar.


Hasil jus yang telah siap dan sedia untuk diminum


Cara penyediaan:-

Buah Avocado dibasuh dan dipotong dua. Kemudian isi buah avocado dikorek dengan menggunakan sudu. 

Isi buah avocado tadi perlu dikisar bersama susu segar dan gula putih. (tahap kemanisan dan kecairan jus boleh diubah dengan menambah atau mengurangkan kuantiti susu segar dan gula mengikut  citarasa masing-masing). 


Setelah selesai mengisar, tuang jus berkenaan ke dalam gelas dan sedia untuk dihidangkan.

Monday, November 19, 2012

Resipi Ikan Sos Halia Bawang Putih

Ikan ni dibeli di pantai Al-Corniche Doha, Qatar. Belum lagi dapat dipastikan nama ikan ni sehingga ke hari ni. Tetapi disebabkan rupanya yang agak luar biasa dari ikan-ikan di Malaysia, jadi kami membeli ikan ni untuk mencuba rasa. Tahap kesegaran yang amat tinggi boleh dilihat dibahagian mata ikan ini. Murah harga sekilo RM10 sahaja. 
Inilah hasil ikan yang dibeli di pantai Al-Corniche. Nama masakan ni ialah Ikan Sos Halia Bawang Putih. Resipi didapati dari bekas kawan sekerja yang masih berkhidmat sebagai chef di Balai Tamu VIP Malaysia Airlines, Kuala Lumpur International Airport
(Terima Kasih diucapkan kepada Chef Razee).


RESIPI IKAN SOS HALIA BAWANG PUTIH


Ikan Goreng Kunyit
Ramuan:
Ikan sederhana besar - 1 ekor (muat ukuran diameter kuali)
Serbuk kunyit - 2 sudu teh
Garam - secukup rasa
Tepung gandum - 5 sudu besar


Sos Halia Bawang Putih

Ramuan:
Bawang putih - 5 ulas

Halia - 2 inchi
Cuka - 2 sudu besar

Daun ketumbar - 5 batang
Minyak masak - sukatan untuk menumis
Kicap cair - 4 sudu besar 


Tips:- 




KICAP – (boleh juga digantikan dengan kicap biasa sekiranya tiada kicap cair. Tetapi kicap biasa itu harus dicampurkan dengan sedikit air agar menjadi cair) - Penggunaan kicap masin atau manis adalah terpulang kepada citarasa masing-masing.



PERASA - Garam tidak diperlukan sekiranya kicap masin digunakan dan begitu juga gula sekiranya kicap manis digunakan.

IKAN - jenis ikan yang boleh digunakan seelok-eloknya jenis ikan air masin seperti ikan siakap, bawal dan kerapu.





Kaedah penyediaan: -



Ikan Goreng Kunyit

Ikan yang telah siap disiang harus dibasuh dengan larutan air asam jawa (tamarind) bersama sedikit garam bagi mengurangkan bau hanyir / ikan tersebut boleh disiat-siat isinya bagi memastikan ianya garing setelah digoreng / kemudian ikan tersebut di gaul dengan serbuk kunyit dan garam sebagai perasa dan diperap selama beberapa minit / masukkan tepung gandum diatas pinggan dan ratakan keseluruhan permukaan ikan dengan tepung / tepung yang diratakan haruslah tidak terlalu tebal bagi memastikan hasil gorengan ikan nampak lebih cantik / selepas itu ikan tersebut boleh digoreng didalam kuantiti minyak panas yang agak-agak boleh meneggelamkan ikan tersebut / sentiasa meninjau kedua belah ikan yang digoreng agar tidak hangus / setelah ikan itu kelihatan garing bolehlah ditos dan dihidangkan.



Sos Halia Bawang Putih

Bawang putih, halia dan daun ketumbar dicincang halus / panaskan minyak masak didalam kuali dan saute bawang putih serta halia yang telah dicincang tadi sehingga kekuningan dan naik baunya / masukkan kicap cair dan cuka dan renehkan sehingga sebati rasanya / masukkan sedikit daun ketumbar yang telah dicincang bagi menambah aroma / setelah sebati rasanya tuangkan sos yang telah siap ke atas ikan goreng kunyit / sebagai hiasan taburkan baki daun ketumbar yang telah dicincang ke atas ikan. (sila rujuk ilustrasi bergambar diatas)