Nuffnang Ads

Thursday, November 29, 2012

Resipi Roast Chicken Pomegranate Molasses



Roasted Chicken Pomegranate Molasses dengan fresh garden salad, ken tang lenyek bersama sos lada hitam

Idea nak masak masakan ni timbul selepas terjumpa satu produk yang agak asing bagi saya iaitu sos 'Pomegranate Molasses' di sebuah pasaraya di Doha, Qatar. Rasanya belum pernah lagi terjumpa produk ni dijual di Malaysia. Jadi balik rumah macam biasa google lah yang memberi jawapannya.

Sebenarnya, pomegranate molasses ni adalah produk dari Asia Barat. Ia banyak digunakan dalam masakan Turki, Lubnan dan Iran. Dalam masa yang sama masyarakat Eropah juga banyak mengekploitasi sos pomegranate molasses ini dalam resipi masakan mereka. Antara yang paling popular adalah "Roasted Chicken Pomegranate Molasses".

Berikut adalah resipi Roasted Chicken Pomegranate Molasses yang telah saya cuba dengan jayanya.

Bahan-bahan:


AYAM

1 ekor ayam - dibelah dua untuk dua hidangan
 Lemon
 Paprika
 Lada sulah
 Thyme
Bawang besar
Bawang putih
 Garam & gula (secukup rasa)
 Sos delima pekat atau "pomegranate molasses".

SOS LADA HITAM

Kiub perasa ayam knor
Sos delima pekat "pomegranate molasses"
Lada hitam yang ditumbuk separa halus


KENTANG LENYEK

Ubi Kentang Idaho
Mentega
Susu segar sejuk
Garam dan lada sulah


FRESH GARDEN SALAD

Campuran daun "letuce"
Sos venaigrete


Cara penyediaan Ayam:

Sediakan setau mangkuk dan masukkan satu sudu sos delima pekat, satu sudu minyak masak, serbuk paprika, serbuk lada sulah, garam dan thyme. Gaulkan sehingga sebati dan lumurkan pada keseluruhan permukaan ayam dan perap selama dua jam di dalam peti sejuk.

Bawang besar dan lemon dipotong bulat dan nipis, manakala bawang putih pula dicincang halus. Letakkan hirisan bawang, lemon dan bawang putih dilantai bekas pemanggang atau bekas kaca tahan panas.

Letakkan ayam yang telah diperap ke atas bawang dan lemon dan sira dengan lebihan campuran rempah tadi. Bakar di dalam ketuhar yang bersuhu 200 celcius selama 30 minit. Setelah ayam yang dibakar telah masak, potong kepada dua bahagian. Gambar di bawah menunjukkan keadaan ketika sebelum dan sesudah masak:-

Sebelum dimasukkan ke dalam oven

Ayam yang telah dibakar didalam oven
Cara Penyediaan Sos Lada Hitam:

Tuang air panas ke dalam bekas pembakar agar sisa-sisa rempah bakaran ayam tadi melarut. Panaskan diatas dapur dan tambahkan satu kiub ayam knor, sedikit lada hitam yang telah ditumbuk separa halus dan sedikit sos delima pekat. kacau sehingga ia menjadi pekat dan tambahkan garam halus dan lada sulah secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.

Cara Penyediaan Kentang Lenyek:

Ubi kentang idaho dibuang kulitnya dan direbus sehingga empuk. Masukkan ke dalam bekas dan lenyekkan sambil ditambah sedikit mentega, garam dan lada sulah serta susu segar sejuk. Lenyekkan sehingga menjadi sebati dan boleh diumpal.

Cara Penyediaan Salad:

Daun salad campuran lettuce dibasuh dan di toskan. Tuangkan sedikit sos vinaigrete, sedikit garan dan lada sulah dan gaulkan sehingga sebati. Setalah sebati sedia untuk dihidangkan.

(Cadangan hidangan adalah seperti ilustrasi gambar paling atas)


2 comments:

Wan Mohd Ryan said...

Sedapnya....Terliur tengok ni..Terima kasih kerana bagi informasi begini, teruskan memberi resepi! Sukses! :)

mohammed ridzuan Jaafar said...

hanya resipi istimewa dan lain dari yang lain yg akan diupdate...trima kasih atas sokongan