Nuffnang Ads

Sunday, December 23, 2012

Kapal Pengangkut Pesawat @ "Super Carrier" Jepun

Tahukah anda bagaimana negara Jepun yang hanya terdiri dari gugusan kepulauan yang kecil dapat menakluk sebahagian dari negara China, Manchuria Semenanjung Korea, Indo-China dan Asia Tenggara ketika Perang Dunia Kedua (WWII)? 

Jawapannya sudah tentulah dengan mempertaruhkan kelengkapan perang yang terkini pada ketika itu disamping memiliki angkatan tentera yang sangat kuat dan sistem taktikal yang rapi didalam setiap misi.

Pasti ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa negara Jepun merupakan antara negara yang paling kehadapan didalam teknologi perperangan ketika Perang Dunia Kedua (WWII).

Antara kelengkapan canggih yang telah digunakan oleh Tentera Imperial Jepun pada ketika itu adalah dengan penggunaan kapal-kapal pengangkut pesawat ataupun "Super Carrier" yang mampu mengangkut sehingga beratus-ratus buah pesawat tempur pada satu-satu masa.

Disamping itu, Jepun adalah negara pertama yang diiktiraf sebagai pembina dan pengguna kapal "Super Carrier" untuk misi perperangan didalam Perang Dunia Kedua (WWII) iaitu dengan terbinanya kapal "Hosho" pada tahun 1922.

Terdapat 22 buah kapal pengangkut pesawat yang pernah digunakan angkatan Tentera Imperial Jepun ketika Perang Dunia Kedua bagi memperluaskan kuasa mereka di Asia Pasifik. Sila rujuk maklumat dibawah:-

Kapal Pengangkut Pesawat Pertama Dunia "Hosho"- Burung Jentayu
1. HOSHO

Tempoh Binaan: 2 tahun (1920-1922)
Tempoh Perkhidmatan: 25 tahun (1922-1947)
Pembangun: Syarikat Pembinaan Kapal Asano, Tsurumi-ku, Yokohama
Dilancarkan: 13 November 1921
Diserang: 31 Ogos 1946
Dimansuhkan: 2 September 1946
Kelajuan: 25 knots / 45 km/j
Kapasiti: 512 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 15 buah

Kapal Pengangkut Pesawat Kedua Jepun, "Kaga"- Daerah Kaga

2. KAGA

Tempoh Binaan: 8 tahun (1920-1928)
Tempoh Perkhidmatan: 14 tahun (1928-1942)
Pembangun: Syarikat Pembinaan Kapal Kawasaki & Yokosuka Naval Arsenal
Dilancarkan: 13 November 1921
Karam: Di dalam pertempuran Midway, 4 Jun 1942
Kelajuan: 28 knots / 52 km/j
Kapasiti: 1708 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 90 buah


Kapal Pengangkut Pesawat Ketiga Jepun, "Akagi"- Gunung Akagi
3. AKAGI

Tempoh Binaan: 7 tahun (1920-1927)
Tempoh Perkhidmatan: 15 tahun (1927-1942)
Pembangun: Syarikat Pembinaan Kapal Kure Naval Arsenal
Dilancarkan: 22 April 1925
Karam: Di dalam pertempuran Midway, 5 Jun 1942
Kelajuan: 31.5 knots / 58.3 km/j
Kapasiti: 1630 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 91 buah

Kapal Pengangkut Pesawat Keempat Jepun, "Ryujo"- Naga Bengis
4. RYUJO



Tempoh Binaan: 3 tahun (1929-1931)
Tempoh Perkhidmatan: 9 tahun (1933-1942)
Pembangun: Mitsubishi - Yokohama
Dilancarkan: 9 Mei 1931
Karam: Di dalam pertempuran Kepulauan Solomon Timur, 24 Ogos 1942
Kelajuan: 29 knots / 53.7 km/j
Kapasiti: 924 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 48 buah

Kapal Pengangkut Pesawat Kelima Jepun, "Ryuho"- Jentayu Naga

5. RYUHO


Tempoh Binaan: 1 tahun (1933-1934)
Tempoh Perkhidmatan: 13 tahun (1933-1946)
Pembangun: Syarikat Pembinaan Kapal Kawasaki & Yokosuka Naval Arsenal
Dilancarkan: 16 November 1933
Rosak: Di dalam serangan udara Amerika Syarikat di Kure, Mac 1945
Kelajuan: 26.5 knots / 49.1 km/j
Kapasiti: 989 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 31 buah
Kapal Pengangkut Pesawat Keenam Jepun, "Soryu"- Naga Biru
6. SORYU


Tempoh Binaan: 1 tahun (1934-1935)
Tempoh Perkhidmatan: 7 tahun (1935-1942)
Pembangun: Syarikat Pembinaan Kapal Kure Naval Arsenal
Dilancarkan: 23 Disember 1935
Karam: Di dalam serangan udara Amerika Syarikat di Perperangan Midway, 4 Jun 1942
Kelajuan: 34.5 knots / 63.9 km/j
Kapasiti: 1103 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 73 buah


Kapal Pengangkut Pesawat ketujuh Jepun, "Hiryu"- Naga Terbang


7. HIRYU


Tempoh Binaan: 1 tahun (1936-1937)
Tempoh Perkhidmatan: 6 tahun (1937-1942)
Pembangun: Syarikat Pembinaan Kapal Kawasaki & Yokosuka Naval Arsenal
Dilancarkan: 16 November 1937
Karam: Di dalam serangan udara Amerika Syarikat di Perperangan Midway, 5 Jun 1942
Kelajuan: 34.5 knots / 63.9 km/j
Kapasiti: 1126 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 73 buah


Kapal Pengangkut Pesawat kelapan Jepun, "Kaiyo"- Helang Laut

8. KAIYO


Tempoh Perkhidmatan: 5 tahun (1938-1942)
Pembangun: Syarikat Pembinaan Kapal / Industri Berat Mitsubishi, Nagasaki
Dilancarkan: 9 Disember 1938
Dimansuhkan: 1 September 1946
Kelajuan: 23 knots / 43 km/j
Kapasiti: 829 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 24 buah

Kapal Pengangkut Pesawat Kesembilan Jepun, "Shoho"- Jentayu Gembira
9. SHOHO

Tempoh Perkhidmatan: 8 tahun (1934-1942)
Pembangun: Syarikat Pembinaan Kapal Yokosuka Naval Arsenal
Dilancarkan: 1 Jun 1935
Karam: Serangan udara Amerika Syarikat dalam Perperangan Coral Sea, 6 May 1942
Kelajuan: 28 knots / 52 km/j
Kapasiti: 785 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 30 buah

Kapal Pengangkut Pesawat kesepuluh Jepun, "Zuiho"- Jentayu Bertuah
10. ZUIHO

Tempoh Perkhidmatan: 10 tahun (1935-1944)
Pembangun: Syarikat Pembinaan Kapal Yokosuka Naval Arsenal
Dilancarkan: 20 Jun 1935
Karam: Serangan udara Amerika Syarikat dalam Perperangan Teluk Leyte, 25 Oktober 1944
Kelajuan: 28 knots / 52 km/j
Kapasiti: 785 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 30 buah

Kapal Pengangkut Pesawat Kesebelas Jepun, "Chitose"- Nama Wilayah Chitose
11. CHITOSE

Tempoh Perkhidmatan: 11 tahun (1934-1944)
Pembangun: Kure Navy Yard
Dilancarkan: 29 November 1934
Karam: Serangan udara Amerika Syarikat dalam Perperangan Teluk Leyte, 25 Oktober 1944
Kelajuan: 28.9 knots / 53.5 km/j
Kapasiti: 800 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 30 buah + 24 kapal terbang terapung

Kapal Pengangkut Pesawat Kedua-belas Jepun, "Chiyoda"- Nama Wilayah Chiyoda
12. CHIYODA

Tempoh Perkhidmatan: 11 tahun (1934-1944)
Pembangun: Kure Navy Yard
Dilancarkan: 29 November 1936
Karam: Serangan udara Amerika Syarikat dalam Perperangan Teluk Leyte, 25 Oktober 1944
Kelajuan: 28.9 knots / 53.5 km/j
Kapasiti: 800 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 30 buah

Kapal Pengangkut Pesawat Ketiga-belas Jepun, "Shokaku"- Bangau Terbang
13. SHOKAKU

Tempoh Perkhidmatan: 8 tahun (1937-1944)
Pembangun: Yokosuka Naval Arsenal
Dilancarkan: 1 Jun 1939
Karam: Serangan udara Amerika Syarikat dalam Perperangan Laut Filipina, 19 Jun 1944
Kelajuan: 34.2 knots / 63.3 km/j
Kapasiti: 1660 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 84 buah

Kapal Pengangkut Pesawat Keempat-belas Jepun,  "Zuikaku"- Bangau Bertuah
14. ZUIKAKU

Tempoh Perkhidmatan: 7 tahun (1938-1944)
Pembangun: Yokosuka Naval Arsenal
Dilancarkan: 27 November 1939
Karam: Serangan udara Amerika Syarikat dalam Perperangan Teluk Leyte, 25 Oktober 1944
Kelajuan: 34.5 knots / 63.9 km/j
Kapasiti: 1660 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 84 buah

Kapal Pengangkut Pesawat Kelima-belas Jepun, "Junyo"- Helang Perigrine
15. JUNYO

Tempoh Perkhidmatan: 3 tahun (1939-1941)
Pembangun: Mitsubishi Heavy Industries, Nagasaki
Dilancarkan: 26 Jun 1941
Dimansuhkan: 1946-47
Kelajuan: 25.5 knots / 47.2 km/j
Kapasiti: 1224 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 53 buah

Kapal Pengangkut Pesawat Keenam-belas Jepun, "Hiyo"- Helang Terbang

16. HIYO

Tempoh Binaan: 4 Tahun (1939-1942)
Tempoh Perkhidmatan: 3 tahun (1942-1945)
Karam: Serangan udara Amerika Syarikat dalam Perperangan Laut Filipine, Jun 1944
Kelajuan: 25.5 knots / 47.2 km/j
Kapasiti: 1224 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 53 buah

Kapal Pengangkut Pesawat Ketujuh-belas Jepun, "Taiho"- Jentayu Besar
17. TAIHO

Tempoh Binaan: 3 Tahun (1941-1943)
Tempoh Perkhidmatan: 1 tahun (1943-1944)
Karam: Dalam Perperangan Laut Filipine,  19 Jun 1944
Kelajuan: 33 knots / 61 km/j
Kapasiti: 1751 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 65 buah

Kapal Pengangkut Pesawat Kelapan-belas Jepun, "Amagi"- Gunung Amagi

18. AMAGI

Tempoh Perkhidmatan: 5 tahun (1943-1947)
Pembangun: Nagasaki Navy Yard, Nagasaki
Dilancarkan: 15 Oktober 1943
Dimansuhkan: 1946 - 47
Kelajuan: 34 knots / 63 km/j
Kapasiti: 1595 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 57 buah

Kapal Pengangkut Pesawat Kesembilan-belas Jepun, "Unryu"- Awan Naga

19. UNRYU

Tempoh Perkhidmatan: 1 tahun (1943-1944)
Pembangun: Yokosuka Navy Yard
Dilancarkan: 25 September 1943
Karam: Serangan torpedo kapal selam USS Redfish,  19 Disember 1944
Kelajuan: 34 knots / 63 km/j
Kapasiti: 1595 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 65 buah

Kapal Pengangkut Pesawat Keduapuluh Jepun, "Katsuragi"- Gunung Katsuragi

20. KATSURAGI

Tempoh Perkhidmatan: 4 tahun (1944-1947)
Pembangun: Kure Naval Arsenal
Dilancarkan: 19 Januari 1944
Dimansuhkan: 30 November 1947

Kelajuan: 32 knots / 59 km/j
Kapasiti: 1600 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 65 buah

Kapal Pengangkut Pesawat Kedua-Puluh Satu Jepun, "Shinano"- Wilayah Shinano

21. SHINANO

Tempoh Perkhidmatan: 1 bulan (Oktober 1944-November 1944)
Pembangun: Yokosuka Naval Arsenal
Dilancarkan: 5 Oktober 1944
Karam: Serangan kapal selam USS Archerfish, 29 November 1944

Kelajuan: 27 knots / 50 km/j
Kapasiti: 2400 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 209 buah

Kapal Pengangkut Pesawat Kedua-Puluh Dua Jepun, "Mizuho"-

22. MIZUHO

Tempoh Perkhidmatan: 5 tahun (1948-1942)
Pembangun: Kawasaki Shipbuilding, Kobe
Dilancarkan: 16 Mei 1938
Karam: Serangan kapal selam USS Drum, 1 May 1942

Kelajuan: 22 knots
Kapasiti: 800 anak kapal
Kapasiti Pesawat: 54 buah


2 comments:

Tini said...

Uish semua US yg attack...good info wan..Dulu ader citer super carrier kat tv, tp US punyer lah.

mohammed ridzuan Jaafar said...

yes..US yg attack...kan US yg kalahkan derang...but derang yang first to operate super carrier...