![]() |
Ros Damascus (Taif) |
![]() |
Bunga ros segar dimasukkan ke dalam bekas penyulingan |
Aktiviti perladangan tumbuhan ros dari jenis "damaskus" ini atau dikenali dengan nama saintifiknya (Rosa X Damascena Trigintipetala) telahpun bertapak di Tanah Tinggi Taif semenjak TIGA (3) abad yang lepas iaitu ketika di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniah Turki. Dengan ketinggian 2000 meter dari aras laut, tanah tinggi Taif menjadi kawasan peranginan utama bagi penduduk-penduduk sekitar Makkah dan Jeddah ketika musim panas.
Di bahagian barat Taif, terdapat kawasan yang amat subur dimana satu kajian yang dijalankan mendapati suhu kawasan dan kandungan lembapan tanahnya yang amat sesuai untuk sektor perladangan buah-buahan dan bunga-bungaan terutama sekali tumbuhan Ros Damask. Oleh yang demikian Taif telah mendapat nama jolokan "The Arabian Rose" sempena industri penanaman ros yang sangat rancak semenjak zaman kerajaan Uthmaniah dulu.
Perkataan "attar" adalah amat sinonim dengan minyak ros dimana asalnya dari kata akar bahasa Arab iaitu "itr" yang bermaksud wangian ataupun esen. Kaedah penyulingan air kelopak bunga ros ini telah direkodkan sekitar abad ke 9 oleh seorang ahli falsafah Arab yang dikenali sebagai Al-Kindi.
Manakala penggunaan alat sulingan yang lebih lengkap untuk tujuan penghasilan wangian ros ini telah tulis dengan lebih terperinci oleh Al-Razi dimana beliau mencatatkan salah satu pusat penghasilan air ros ini adalah di bahagian selatan Parsi.
Kemudian, sekitar abad ke -13, air ros dengan kaedah penghasilan yang sama juga telah dihasilkan dengan besar-besaran di Syria dan ketika itu juga nama saintifik bunga ros yang digunakan mendapat nama jolokan "Damascena". Tetapi minyak attar seperi yang digunakan pada ari ini hanya mula dihasilkan sekitar abad ke-16 iaitu setelah kaedah penyulingan berganda telah dibangunkan.
Ros Taif ini walaupun dikategorikan tinggi kualitinya, namun penghasilan minyak rosnya adalah sederhana jika dibandingkan pengimport besar dari negara lain seperti Turkey, Bulgaria, Russia, China, India, Morocco dan Iran. Minyak wangi kontemporari yang menggunakan ramuan ros taif sebagai asas campuran:-

Rosa Officina Profumo-Farmaceutica di Santa Maria Novella

Affaf Al Haramain Perfumes

Tresor In Love Lancome

Aoud Purple Rose Montale

Very Irresistible Givenchy

Rose Glacee Armand Basi

Rendez-Vous Michel Klein

Rose Essentielle Bvlgari

Al Shomoukh Amouage

Attar Al Kaaba Al Haramain Perfumes

L'Eau De Rose Ramon Monegal

A.Maze The People Of The Labyrinths

Amouage Homage Amouage

Rosa Roxana Illuminated Perfume

Vintage Kosiuko

Tiffany Parfum Tiffany

Molook Amouage

The Party in Paris The Party

Jimmy Choo Eau de Toilette Jimmy Choo

David Yurman Limited Edition David Yurman

Afrah Amouage

Bohemian Rose Ava Luxe

Ta'if Ormonde Jayne

Shams Al Doha Amouage

La Petite Robe Noire Guerlain

Amber Mirabilis Keiko Mecheri

Floratta in Rose Belle O Boticario

Rosam Histoires de Parfums

Bal de Roses Keiko Mecheri

Arabian Rose Bella Bellissima

Tribute Amouage

Tiffany Tiffany

M by Marcel Marongiu Oriflame

Or et Noir Caron

Daphne Lord`s Jester

Rose of Kali Neil Morris

Ohood Amouage

Chronos Lord`s Jester

Bed of Roses Velvet & Sweet Pea’s Purrfumery

Queen Bess Ava Luxe

Aqaba Classic Aqaba

Authent Menard

Puredistance I Puredistance

Tribute Amouage

Lavander and Gold Amber Gandini 1896

Eclat Weekend Oriflame

Dionysus Lord`s Jester

Oui-Non Kookai

Zephyr Lord`s Jester

Habanita Eau de Parfum Molinard

Jinx Tommi Sooni

Phoebe Lord`s Jester

Topaz Judith Leiber

White Musk Ramon Monegal

Jolie de Nonchalance Maurer & Wirtz

Amami per Sempre Gianluca Bulega Couture

Basile Style Femme Basile
No comments:
Post a Comment