Nuffnang Ads

Monday, December 10, 2012

Jambu Batu Penawar Cirit-birit (Diarrhea)

Buah Jambu Mesir (Egyptian Guava) yang boleh didapati di pasaraya di negara Qatar

Petua ni saya dapat semasa saya masih kecil dalam lingkungan 3-4 tahun sebelum sekolah lagi...

Kalau terkena diarrhea tak payah susah-susah pergi klinik atau makan ubat bagai. Mak akan pergi belakang rumah dan petik pucuk jambu batu untuk dikunyah dan disembur di bahagian "anus". Tak lama kemudian sembuhlah diarrhea.

Selain dari cara menyembur kunyahan pucuk guava ni, terdapat kaedah lain untuk si pesakit iaitu dengan mengunyah sendiri pucuk jambu batu dan  menelan jusnya. 


Pucuk Jambu Batu
Tetapi kepada sesiapa yang tinggal di bandar dan sukar untuk mendapati daun jambu batu, buahnya juga amat mujarab dalam menyembuhkan penyakit cirit-birit ini.

Penggunaan daun jambu batu juga dikatakan amat mujarab untuk kecantikan dan kesihatan rambut sekiranya diramas dan dilumurkan di kepala dan sekiranya diadun bersama bedak sejuk, ia boleh dijadikan masker untuk menghaluskan wajah.

Buah Jambu Batu Tempatan (Malaysia)
Jambu batu dipercayai mempunyai beberapa khasiat yang tersendiri dan sekiranya diamalkan pengambilannya setiap hari ia dapat menghilangkan rasa mual semasa mengandung, menurunkan paras kolesterol dalam darah, menurunkan paras gula dalam darah, mengurangkan berat badan, mengawal tekanan darah, membantu pertumbuhan kulit yang licin dan sihat, mampu menstabilkan sel darah putih dan merah, meningkatkan kadar sistem metabolisme, membantu penghadaman, mengelak sembelit, mengubat cirit-birit dan sebagai ejen antioksida (melambatkan proses penuaan - awet muda, melawan kanser, immuniti).




No comments: