Nuffnang Ads

Wednesday, December 12, 2012

Kanamara Matsuri di Jepun


"Kanamara Matsuri" adalah satu perayaan yang disambut oleh penganut agama Shinto di negara Jepun. Maksud Kanamara Matsuri didalam Bahasa Melayu adalah "Perayaan Penis Besi" (penis = kemaluan lelaki).

Fokus sambutan perayaan ini tertumpu di sebuah kuil yang terletak di bandar Kawasaki yang memakan masa lebih kurang 30 minit sekiranya anda menaiki kommuter dari stesen utama di Tokyo.

Kuil berkenaan juga dikenali sebagai Kanamara Shrine dan ianya merupakan tempat kelahiran perayaan yang kini menjadi satu upacara tahunan yang ditetapkan pada setiap hari ahad pertama di dalam bulan April.

Perayaan khas ini telah merefleksi kemaluan lelaki menjadi gula-gula, ukiran sayur-sayuran, hiasan rumah dan paling kemuncak ialah dengan perarakan yang dinamakan "mikoshi" secara beramai-ramai dengan mengusung replika kemaluan lelaki merah jambu menuju ke Kuil Kanamara.

Kuil Kanamara dahulunya pernah menjadi tumpuan dikalangan pelacur-pelacur yang datang untuk berdoa agar dijauhi penyakit bawaan seks (STD-sexual transmitted diseases).

Menurut kepercayaan masyarakat Jepun juga, dengan berdoa di kuil berkenaan, seseorang individu itu boleh mendapat perlindungan terhadap perniagaan dan kekayaan keturunan dari generasi ke generasi. Ia juga dapat menjamin kebahagiaan perkahwinan dan memudahkan pasangan untuk mendapat zuriat.

Dalam sejarah negara Jepun, terdapat legenda yang mengaitkan kewujudan kuil kanamara ini dengan kisah berkenaan dengan Jin yang bergigi tajam yang bersembunyi di dalam kemaluan wanita muda yang telah memandulkan dua pasangan lelakinya pada malam pertama perkahwinan mereka. 

Wanita muda berkenaan telah memohon pertolongan terhadap seorang penukul besi untuk menghasilkan sebuah objek yang menyerupai kemaluan bagi menumpaskan syaitan bergigi tajam yang bersembunyi di dalam kemaluannya.

Semenjak dari kejayaan wanita berkenaan menumpaskan musuhnya, replika kemaluan besi berkenaan menjadi begitu popular sehinggakan ia telah di jadikan satu simbol khas di sebuah kuil dan ianya dinamakan Kuil Kanamara.

Pada hari ini, kepercayaan masyarakat Jepun terhadap kewujudan Tuhan adalah amat tipis sekali dan pemujaan dan amalan agama Shinto amat jarang sekali dilakukan. 

Perayaan Kanamara ini menjadi satu daya tarikan pelancong asing dan amalan pemujaan masih lagi dikekalkan bagi memelihara adat dan kebudayaan bangsa mereka. Perayaan ini juga dianjurkan bagi mengumpul dana dalam pembangunan ujikaji penyakit AIDS.

Cara menuju ke Kuil Kanamara di Kawasaki:-
Ilustrasi gambar yang saya dapati ketika lawatan saya pada bulan April lepas:-





















Keikyu Daishi Line
Bersama Isteri di Stesen Kawasaki Daishi

5 comments:

Anonymous said...

Interesting fact wan! Good reading, lovely photos too..thx for sharing.

qataridz said...

thanks for your comment...ill update more interesting infos in future...

Unknown said...

Bagus la blog hang....macam2 cerita ada.

buat la lagi banyak cerita pasai qatar..

suasana pagi..tengahari..ptg dan malam.

aku nak tau..mcmana org qatar menjalani hidup seharian.

qataridz said...

latest update nanti aku akan bust Qatar national day...18 Hb ni...derang mmg patriotic gila..kalah pita

Anonymous said...

Mcm2... huhuhuhu