Nuffnang Ads

Sunday, December 30, 2012

BEAMS - Jenama Pakaian Jepun Yang Hot!




BEAMS adalah jenama pakaian Jepun yang amat terkenal dimana ia mempertaruhkan jenamanya sendiri iaitu "BEAMS" dan lain-lain jenama pakaian yang mempunyai persamaan dari segi tema produk keluarannya.

Pakaian keluaran BEAMS boleh didapati di butiknya sendiri, rankaian fesyen mini dan kebelakangan ini ianya telah berkembang sehinggakan menjadi rangkaian gedung membeli-belah yang besar dan boleh didapati di seluruh pelusuk negara Jepun, Bandaraya Hong Kong, New York, London dan Paris.

Sesetengah gedung membeli-belah BEAMS telah berkembang sehingga 6-7 lantai dan mempamerkan beratus-ratus barangan jualan dari hiasan dalaman, perabot, galeri, pakaian, kasut dan aksesori.
Jenis pakaian yang ditawarkan di gedung membeli-belah BEAMS termasuklah pakaian klasik, pakaian  yang ditempa khas, pelbagai jenis beg, kasut, aksesori dan pakaian kasual lelaki dan wanita.

Logo dan senireka pakaian BEAMS biasanya menampilkan corak abstrak ataupun kartun dalam mengetengahkan ciri-ciri kelas pertengahan dan atasannya yang tersediri.

Jauh dari meniru gaya terapan fesyen berprestij eropah, pereka-pereka fesyen BEAMS telah meletakkan standard rekaan mereka yang tersendiri bagi memenuhi permintaan gaya-hidup yang sentiasa berubah untuk generasi baru pengguna Jepun. Populariti jenama BEAMS adalah disebabkan oleh mutu poroduknya  yang berkualiti tinggi disamping harganya yang berpatutan.

(BEAMS - Slim Fit Gingham Oxford Long Sleeve) Kemeja berlengan panjang bercorak "Gingham Oxford" biru ini telah saya beli pada tahun 2009 semasa bercuti di bandaraya Osaka. Walaupun harganya sangat mahal, namun memang tidak dinafikan kualiti jahitannya yang amat rapi dan kelembutan kainnya amat selesa membuatkan baju ini dikategorikan antara koleksi pakaian berkualiti tinggi yang pernah saya kumpul.
SEJARAH

BEAMS telah ditubuhkan pada tahun 1976 dan diketuai oleh Ketua Pengarah Urusan ataupun Presidennya iaitu Yo Shitara.

Semenjak penubuhannya BEAMS kekal menjadi peneraju dalam industri fesyen negara Jepun. Namun walaupun ia mendapat sambutan yang hangat di tanah air sendiri, penerimaannya di Amerika Syarikat adalah agak minimum.

Apa yang menarik, pemerhati industri fesyen negara Jepun juga membangunkan satu analogi perbandingan yang dikenali sebagai "TOKYO-ISM" dengan kata lawannya "BEAM-ISM" yang bermaksud apa yang "panas" dan popular di BEAMS adalah turut popular di seluruh dunia. 

Bermula pada tahun 2005, BEAMS telah mengembangkan sayapnya ke negara China, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Peranchis.

Lebel Jenama dibawah kumpulan BEAMS

Salah satu contoh pakaian wanita rekaan BEAMS

Rekaan pakaian yang bercirikan abstrak dan kartun 

BEAMS untuk lelaki

Salah satu contoh pakaian lelaki rekaan BEAMS

4 comments:

Wan Mohd Ryan said...

Terima kasih atas maklumat fashion terkini yang diberikan, harap maklumat fashion lebih banyak diberikan kepada saya terutamanya. Hihi. Baju sehelai boss! :P

mohammed ridzuan Jaafar said...

ryan belajar fashion...mesti tau lebih lagi....

Tini said...

Nice. I laikeee! Beams xmau dtg Msia ker? He he...

mohammed ridzuan Jaafar said...

tak taulah BEAMS boleh dtg malaysia ke tak..kalau dtg pun mungkin lambat lagi kot...hehehe