Nuffnang Ads

Sunday, December 30, 2012

Fesyen Lolita di Harajuku, Japan


Bersama seorang penggaya Lolita, di Harajuku Street, Tokyo
Fesyen yang mengetengahkan pakain yang bercirikan "lolita" adalah tidak asing lagi bagi masyarakat Jepun. 

Fesyen lolita merupakan salah satu cabang budaya Jepun moden yang mempopularkan fesyen pakaian di era Viktoria dan zaman Rococo.

Mula mendapat tempat dihati gadis-gadis Jepun sekitar tahun 1970-an di tambah pula dengan berkembangnya medium animasi Jepun yang banyak memperagakan pakaian lolita, maka lahirlah pelbagai jenama popular pengeluar pakaian ini sehinggakan ianya tidak hanya dipasarkan di butik-butik khas malah ianya juga boleh didapati kebanyakan pusat membeli-belah di Jepun.

Antara jenama terkemuka yang mengeluarkan pakaian lolita adalah "Milk and Pretty" (sekarang dikenali sebagai Angelic Pretty), "Pink House", "Princess-princess", "Baby", "The Stars Shine Bright" dan "Metamorphose Temps De Fille".

Di dalam bidang rekaan fesyen, perkataan lolita tidak dikaitkan denga seks seperti kebanyakan penggunaannya di barat. 

Perkataan lolita berasal dari pertembungan budaya antara Jepun dan Portugis dimana perkataan lolita digunakan bagi menggambarkan kecomelan seseorang gadis.

Fesyen lolita telah melalui evolusinya yang tersendiri dimana lahirnya beberapa cabang gaya di bawahnya dan pengaruhnya telah berkembang ke seluruh pelusuk dunia.
Saya bersama seorang penggaya Sweet Lolita
Casual Lolita Girls
Antara cabang gaya lolita adalah seperti berikut:-

Gothic Lolita / Sweet Lolita / Classic Lolita / Punk Lolita / Princess Lolita / Shiro-Kuro Lolita (Hitam Putih) / Oji Lolita (Boystyle) / Guro Lolita / Sailor Lolita / Country Lolita / Old School Lolita / Wa Lolita / Qi Lolita / Casual Lolita / Bittersweet lolita / Belle Lolita

Contoh pakaian lolita:-
Gothic Lolita
Sweet lolita
Classic Lolita


6 comments:

Wan Mohd Ryan said...

Kena pi ni...Sangat menarik!

mohammed ridzuan Jaafar said...

mmg ryan harus pergi tempat ni..sebab ryan belajar fesyen...

Wan Mohd Ryan said...

OK...Harusss...Cuma lambat dengan cepat...Huuuu.. :')

mohammed ridzuan Jaafar said...

tiket dari KUL ke NRT RM600 lebih ja ryan...papa boleh beli bila2 masa...

Tini said...

I want to be oji and gothic Lolita lahhhh...heheheh...kat kl pon boley kan jd Lolita? Ha ha...karang public ingat aku psycho kannn....

mohammed ridzuan Jaafar said...

tini..dekat malaysia..jadi lolita masa mangga festival ...