Nuffnang Ads

Thursday, December 6, 2012

Kaghan Valley

KAGHAN, PAKISTAN
Permandangan Tasik Saif-Ul-Muluk menghadap lembah pergunungan Kaghan
Kaghan adalah sebuah lembah yang tercantik diantara lembah-lembah pergunungan yang terdapat di kawasan Mansehra di daerah Hazara di arah barat laut negara Pakistan. Lembah cerunan sepanjang 160 kilometer ini merupakan destinasi yang amat popular ketika musim panas dikalangan pelancong asing mahupun tempatan.

Keindahan alam yang terdapat di Kaghan menyaksikan pelbagai khazanah alam semula-jadi seperti hutan tumbuhan "pine", kawasan landai berumput yang dikenali sebagai "alpine meadows", tasik yang jernih airnya dan aliran air sungai sejuk yang terkenal dengan aktiviti memancing ikan "trout". Di sepanjang sungai belahan pergunungan ini terdapat beberapa pekan kecil yang berjajaran sehingga ke hulu iaitu pekan Balakot, Paras, Mahandari, Kaghan dan Naran.

Di lembah Kaghan ini juga terdapat sekumpulan penduduk nomad yang dikenali sebagai "Gujar". Kebudayaan dan keramahan masyarakat Gujar ini merupakan salah satu daya tarikan pelancong untuk berkunjung ke Kaghan. Hidup dengan cara berpindah randah adalah menjadi satu amalan turun temurun semenjak zaman nenek moyang mereka lagi dimana pemindahan disebabkan cuaca aktrem yang memaksa mereka memindahkan haiwan ternakan seperti lembu dan kambing ke kawasan tanah tinggi ketika musim bunga dan ke kawasan tanah rendah ketika musim luruh. Penempatan sementara mereka boleh didapati di sepanjang jalanraya di kawasan Kaghan dimana penampakan khemah-khemah tradisi dan aktiviti penternakan yang dijalankan oleh kaum Gujar ini.

Penginapan

Terdapat banyak hotel dan motel di sekitar pekan Balakot, Kaghan dan Naran. Rata-rata harga termurah boleh didapati dengan bayaran serendah PKR500.00 dan yang peling mewah dengan harga bayaran PKR6500.00. Terdapat juga hostel atau penginapan dari jenis asrama dengan harga serendah PKR90.00 untuk pelajar dan PKR150.00 untuk yang bukan pelajar.

Salah sebuah resort yang terdapat di kawasan pergunungan Kaghan. 


Pengangkutan

Dahulu, sistem jalanraya selepas pekan Balakot hanya boleh dilalui oleh kenderaan 4 roda (4WD). Pelancong-pelancong boleh meninggalkan kenderaan peribadi di pekan Balakot dan menyewa kenderaan 4 roda yang terdapat di sana untuk meneruskan perjalanan.

Kini, semua kenderaan boleh melalui jalanraya sehingga ke pekan Naran, namun kadang-kadang terdapat beberapa halangan yang terpaksa ditempuhi oleh pemandu iaitu ketulan ais glasier yang masih belum cair sepenuhnya ketika awal musim percutian yang menyebabkan laluan tersebut sukar untuk dilepasi oleh kenderaan biasa.

Pada kebiasaannya jalan tersebut akan dibuka pada kenderaan biasa bermula dari pertengahan bulan Jun dimana semua pelancong digalakkan memulakan perjalanan seawal pagi bagi memastikan semua pelancong selamat sampai ke destinasi sebelum hari gelap.

Bagi pelancong yang lebih selesa menggunakan pengangkutan awam, terdapat perkhidmatan bas berhawa dingin  dari bandar Lahore dan Rawalpindi terus menerus ke pekan Balakot. Syarikat pengangkutan Daewoo menawarkan perkhidmatan bas berhawa dingin dari bandar-bandar utama di kawasan Punjab dan kawasan Barat Laut Pergunungan Pakistan. Bas-bas terbabit memulakan perjalanan dari Abbottabad menuju ke Mansehra iaitu stesen utama untuk pelancong meneruskan perjalanan ke lembah Kaghan. Terdapat juga perkhidmatan bas dari Rawalpindi terus menerus ke Mansehra. Dari Mansehra, pelancong-pelancong boleh menyewa van, jeep dan kereta 4WD lain untuk meneruskan perjalanan ke Balakot, Kaghan dan Naran.

Berikut adalah beberapa ilustrasi gambar yang memaparkan keindahan alam semula-jadi yang terdapat di Kaghan, Pakistan.














4 comments:

Ad Rifza said...

INDAH...:-)

qataridz said...

abg ad....thanks sbb follow this blog...kaghan ni dikatakan lebih indah dari kawasan yang terdapat di Switzerland...

Unknown said...

Masya Allah...cantiknya.

qataridz said...

jas...hang kena mai pakistan....