Kain
Pelikat adalah pakaian yang amat sinonim bagi kaum lelaki terutama sekali
dari keturunan Melayu dan ia telah dipakai secara meluas semenjak zaman
kesultanan Melaka lagi iaitu sekitar abad ke-15.
Pakaian
unik ini juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti "sarung",
"kain sarung" dan "sarung pelikat".
Ia
juga banyak dipakai oleh keturunan lain selain Melayu tetapi pemakaiannya
mungkin terhad ketika bersantai di dalam rumah sahaja ataupun sewaktu
tidur.
Buktinya boleh dilihat pada segelintir masyarakat Baba Nyonya dan
India yang masih dilihat menggunakan pakaian istimewa ini ketika berada di
rumah.
Asal Usul Nama Kain Pelikat
Terdapat
pelbagai fakta yang dikaitkan dengan asal-usul nama kain pelikat ini. Namun
fakta yang mungkin tepat dan boleh digunapakai ialah dari hasil penulisan
seorang pengembara Portugis yang tinggal di Melaka semasa zaman
keagungannya 1528 hingga 1538 yang dikenali sebagai
"Castanheda".
Dalam
hasil penulisan beliau, terdapat huraian mengenai pedagang asing dari Palaiyakat
iaitu satu daerah yang terletak di Thondai Mandalam, kawasan timur laut Tamil
Nadu di India.
Pedagang-pedagang tersebut dikatakan telah memasarkan kain
sarung, kain putih dan barangan lain yang diimport terus-menerus dari
Palaiyakat.
Produk
sarung tersebut telah mendapat sambutan yang sangat hebat sehinggakan ianya
mendapat gelaran kain pelikat (ringkasan - kain dari Palaiyakat) dan sehingga
kini ia dikenali sebagai kain pelikat dikalangan masyarakat Melayu khususnya
dan Malaysia amnya.
Sejarah
Kain Pelikat
"Perusahaan
tenunan tekstil merupakan industri penting di era kecemerlangan Islam,”
ungkapan Ahmad Y. Al-Hassan dan Donald R. Hill dalam bukunya bertajuk Islamic
Technology: An Illustrated History.
Pada
zaman pertengahan iaitu kegemilangan Islam, kualiti dan standard tekstil
masyarakat Islam di Semenajung Arab adalah sangat tinggi.
Jadi
tidak hairan lah, jika industri tekstil di era ketika itu telah mendapat
pengaruh yang sangat besar terhadap pembangunan industri tekstil negara Barat.
Salah
satu produk tekstil yang berkembang di era kegemilangan Islam dan masih
bertahan hingga saat ini adalah kain Pelikat - kain lebar yang dijahit pada
kedua ujungnya sehingga berbentuk seperti tiub.
Menurut catatan sejarah,
kain pelikat atau sarung adalah berasal dari negara Yaman. Di sana
sarung biasa disebut sebagai "futah".
Kain
pelikat ataupun sarung juga dikenali dengan nama "izaar",
"wazaar" atau "ma’awis". Masyarakat di negara Oman
menyebut kain pelikat dengan nama "wizaar". Di negara Saudi Arabia
ia dikenali sebagai "izaar".
Penggunaan
kain pelikat telah meluas, tidak hanya di Semenanjung Arab, malah ia juga telah
digunakan secara meluas di Asia Selatan, Asia Tenggara, benua Afrika, Amerika
dan Eropah.
Dalam
Ensaiklopedia Britanica, ada satu catatan yang menyatakan bahawa
sarung adalah pakaian tradisi masyarakat Yaman.
Sarung dikatakan telah
ditenun dan digunakan masyarakat tradisional Yaman semenjak zaman dahulu.
Sarung
ini pada asalnya digunakan oleh suku kaum Badwi yang tinggal di Yaman. Sehingga
kini, masyarakat Islam di Yaman masih banyak yang menggunakan sarung
sebagai pakaian utama.
Masyarakat
arab juga mengenakan kain sarung yang berwarna putih yang tidak mempunyai
sebarang corak ataupun motif kekotak ringkas sebagai alternatif kepada seluar
putih didalam jubah mereka.
Penjualan sarung yang dikenali sebagai izaar ini
masih boleh dilihat di gedung membeli-belah utama di negara-negara timur
tengah.
Dengan
berkembangnya aktiviti perdagangan di masa lampau, kesan penggunaan sarung juga
telah meluas ke negara-negara tumpuan pedagang seperti India, Bangladesh,
Myanmar, Thailand, Malaysia dan Indonesia.
Berkemungkinan juga penerimaan baik
terhadap pemakaian sarung ini adalah disebabkan oleh keadaan cuaca yang panas
dan lembap di beberapa negara tersebut dimana sarung dapat menjamin keselesaan
yang paling optimum.
Di
negara India dan Bangladesh ia dikenali sebagai "lungi", di
Myanmar pula ia dikenali sebagai "longyi", di Thailand ia disebut
sebagai "pakhawma", manakala di Malaysia dan Indonesia ia dikenali
sebagai "kain pelikat", "sarung" ataupun "sarung
pelikat".
![]() |
Orang Badwi dengan Izaar |
![]() |
Lungi dari India dan Bangladesh |
![]() |
Longyi pakaian rasmi orang Burma |
![]() |
Kain pelikat di Malaysia dan Indonesia |
Kain
pelikat diperbuat daripada pelbgai bahan termasuklah kapas dan
polyester atau pun campuran antara kedua-dua bahan.
Manakala motifnya
pula telah direka dengan padanan warna dan corak kekotak, garis vertikal,
horizontal dan corak geometri lain yang menarik.
Sarung
merupakan pakaian tradisi nelayan-nelayan Arab yang berasal dari Teluk Parsi,
Lautan Hindi dan Laut Merah sejak dahulu lagi. Sarung juga digunakan olah
orang-orang Turki sebagai pakaian tidur pada zaman pertengahan.
Mungkin
terdapat beberapa faktor yang membuatkan sarung begitu sinonim dalam tradisi
Islam di Asia kerana sarung sangat mudah dipakai, selesa dan ringkas. Selain
itu ukurannya yang panjang amat ideal untuk menutupi aurat dengan baik.
Jika
dirujuk pada salah satu hadis, penggunaan sarung kemungkinan besar juga sudah
dikenali pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.
Buktinya
boleh didapati dalam sebuah Hadis Riwayat Bukhari- Muslim. Dari Sahal bin Sa’ad,
dikisahkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W pernah didatangi seorang wanita sambil
berkata, "Ya Rasulullah kuserahkan diriku untukmu”.
Wanita itu berdiri
lama lalu muncullah seorang lelaki lalu
berkata, "Ya Rasulullah kawinkan dengan aku saja jika kamu tidak ingin
menikahinya”.
Rasulullah
S.A.W. berkata, "Punyakah kamu sesuatu untuk dijadikan mahar? Dia berkata, “Tidak
kecuali hanya sarungku ini”. Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab, “Bila kau berikan
sarungmu itu maka kau tidak akan punya sarung lagi, carilah sesuatu”. Lelaki
itu menjawab, "Aku tidak mendapatkan sesuatu pun”.
Rasulullah S.A.W. berkata, "Carilah walau cincin dari
besi”. Lelaki itu mencarinya lagi dan tidak juga mendapatkan apa-apa.
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata lagi, "Apakah kamu menghafal Al-Quran?”
Lelaki itu menjawab, "Ya surah ini dan itu” sambil menyebutkan surah yang
dihafalnya. Lalu berkatalah Rasulullah S.A.W., "Aku menikahkan kalian berdua
dengan mahar hafalan Al-Quran mu".
Dari riwayat tersebut, kain sarung
sepertinya telah digunakan sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. sebagai pakaian
untuk menutupi aurat.
Kegunaan Kain Pelikat
Kegunaan
utama kain pelikat adalah sebagai kain sarung yang boleh dipadankan dengan baju melayu atau baju
kurung, buaian, kain untuk mengendong anak, sampin, selepang, tudung kepala dan
kain yang dipakai ketika sembahyang sebagai alternatif sekiranya seluar
didapati kotor.
Cara
Pemakaian Kain Pelikat
Kain
pelikat biasanya dijual secara berjahit atau tanpa berjahit (kain pelikat
lepas).
Pada suatu masa dahulu, kain pelikat lepas digunakan sebagai kain
basahan oleh orang yang sedang mengerjakan haji (ketika dalam keadaan ihram dan
tidak boleh memakai kain berjahit).
Pada masa kini, amat jarang kain pelikat
dijual tanpa dijahit. Berikut adalah ilustrasi foto mengenai cara-cara memakai kain
pelikat.
Cara-cara pemakaian kain pelikat yang boleh didapati dari laman sesawang youtube:-
Motif Kain Pelikat
Kain pelikat biasanya bercorak kekotak atau "checkered", tetapi terdapat juga tenunan pelikat yang bercorak garis horizontal atau vertikal, motif bunga & tumbuhan geometri dan juga tanpa corak iaitu kain putih kosong.
![]() |
Lungi |
![]() |
Kain pelikat |
![]() |
Longyi |
Kain Pelikat Dan Industri Fesyen Eropah
Sebuah organisasi fesyen yang berpengkalan di negara Sepanyol telah menggunakan kain pelikat dari jenis lungi yang diperolehi dari negara India sebagai material utama mereka dalam menghasilkan pakaian moden untuk pasaran dunia dengan mengetengahkan idea sokongan terhadap produk mesra alam seperti lungi.
Ini adalah kerana kain lungi kebanyakannya ditenun dengan menggunakan tangan dan langsung tidak menggunakan tenaga alternatif lain, maka ia dianggap 100% mesra alam disamping memberi pendapatan lumayan terhadap para penenun lungi yang kian berkurangan akibat penggunaan mesin tenunan yang semakin rancak kebelakangan ini.
Usaha tersebut patut dipuji kerana bukan sahaja ia dapat membantu golongan yang tersisih malah hasil dari penggunaan sarung lungi ini juga didapati amat popular sehingga ke negara Jepun.
Pada musim panas tahun lepas, banyak syarikat pengeluaran pakaian Jepun talah menghasilkan produk yang berasaskan fabrik bercorak kotak tenunan tangan yang dikenali sebagai "Madrass Check" dan ianya telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Kain pelikat jenis "lungi" telah digunakan sebagai material utama dalam penghasilan pakaian moden Eropah.
![]() |
Hasil ciptaan pakaian moden dari penggunaan kain lungi |
17 comments:
minta izin nak share boleh? :)
boleh silakan!
Izinkan saya mengambil sedikit info dan share boleh tak?
boleh @athirah Mansor …silakan
Saya minta kebenaran share yea :)
Boleh sila kan Zakhwan Bijikopi...
Salam,Maaf bertanya ,saya adakah peminat kain pelikat.mahu bertanya saudara juga peminat kain pelikat...saya amat mengagumi article ini.harap boleh di ketengahkan pada anak-anak muda sekarang
Salam,Maaf bertanya ,saya adakah peminat kain pelikat.mahu bertanya saudara juga peminat kain pelikat...saya amat mengagumi article ini.harap boleh di ketengahkan pada anak-anak muda sekarang
@pelikatmelayu maaf lambat saya jawab ruangan ini. Ya saya gemar memakai kain pelikat. Terima kasih kerana berminat dengan petikan ini.
Assalammualaikum,
Minta izin nak share boleh? :)
Info ini sangat berguna untuk mereka pada masa akan datang..di harap dapat memberi manfaat kpd kita semua..
tq ^_^
sila kan share…terima kasih @art
Assalamualaikum,
Kain pelikat banyak warna baru best. Pakai pi masjid..
Saya sedang melakukan research tentang kain pelikat untuk fyp saya. Mintak permission untuk menggunakan sedikit info dari sumber anda. Terima kasih
sALAM ADMIN, IZINKAN SAYA SHARE BOLEH
Assalamualaikum. Saya mohon keizinan utk share ya
Boleh silakan
Kalau di Indonesia, kain pelikat ini disebut kain sarung namanya ... Trime kasih dah berkongsi ... Layari laman blog kami Minda Art
Post a Comment